Isnin, Mei 07, 2012

JANGAN BENARKAN PTI MENETAP DI KAMPUNG

Jangan benarkan PTI menetap di kampung

jainabahmad SEPANGGAR May 7, 2012: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber Kemajuan dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Hj Ahmad Ayid menyeru agar masyarakat tidak membenarkan pendatang tanpa Izin (PTI) tinggal menetap di kawasan kampung.

Katanya masyarakat perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum menjual lot tanah kepada pihak-pihak tertentu.

“Bagaimanapun tanah kerajaan tidak boleh dijual dan diharap masyarakat memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mengelakkan permasalahan berlaku akibat penjualan tanah kepada pihak tertentu.

“Saya merayu kepada masyarakat kampung supaya menyelidik dahulu sebelum membuat keputusan… ini juga memudahkan usaha kerajaan berjalan dengan lancar dalam membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Juara Rakyat ‘Wanita dan Keluarga’ di Kampung Kuala Menggatal, kelmarin.

Jelasnya, rakyat seharusnya mengetahui peraturan yang telah ditetapkan dan bekerjasama dengan pihak kerajaan.

Beliau turut menegaskan agar wakil pemimpin rakyat daripada kampung supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

“Kita sepatutnya ikhlas membantu rakyat…jangan biarkan tingkah laku yang mengguris hati rakyat sehingga merosakkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kita susah untuk membantu mereka,” katanya.

Mengenai status Kampung Kuala Menggatal katanya, pihaknya telah berbincang dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah dan masih dalam proses permohonan untuk memberi tanah kepada penduduk kampung terbabit.

“Saya yakin UiTM merupakan syarikat yang bertanggungjawab kerana baru-baru ini mereka telah memberikan 80 ekar kepada penduduk Kampung Lokub.

“Untuk kampung ini juga kita akan peruntukkan sebanyak RM80,000 untuk meluaskan jalan, dan membina dewan serbaguna futsal,” katanya.

Sementara itu mengenai pembinaan jalan Kampung Kabagu hingga Lumbak katanya, kerajaan menaiktaraf jalan raya di kawasan itu agar memudahkan orang kampung ke bandar, sekolah dan juga universiti.

Tambahnya, Kampung Ratau juga berpotensi menjadi pusat pelancongan yang mampu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk setempat.

by S.CONNIE PEARL SUIL

---------------

Kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur: Di manakah titik penghujungnya?

33 ulasan:

  1. The villagers shouldn't sell off their lands which is given to them by the government to be developed. Especially not for illegals to build houses there.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha kerajaan untuk membantu rakyat akan susah sekiranya rakyat tidak memberikan kerjasama..

      Padam
    2. Tanah tidak harus ditukar milik atau dijual untuk mendapatkan keuntungan.

      Padam
    3. Hope this matter will be solved soon.

      Padam
  2. Hope that no locals will allow the illegal immigrants to reside in their land or kampung as this will only encourage them to continue to migrate here illegally.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerjasama daripada rakyat kepada usaha2 kerajaan untuk mengurangkan kependudukan pendatang asing adalah perlu untuk memastikan segala perancangan dan usaha kerajaan berjalan dengan lancar..

      Padam
  3. penduduk kampung juga harus memberikan kerjasama dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kedatangan pendatang asing di negeri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenalah bekerjasama untuk menghalaukan mereka.

      Padam
  4. JKKK harus memainkan peranan mereka untuk memastikan kampung mereka bebas daripada pendatang asing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua pihak harus bekerjasama untuk menngurangkan pendatangan asing.

      Padam
  5. tanah2 kampung juga janganlah dijual kepada pihak2 luar tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu..dapatkan nasihat daripada pengamal undang2 sebelum membuat keputusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tidak, PTI akan menetap situ, susah untuk menghalau mereka.

      Padam
  6. these illegals have to right to make any houses in our land. Let's not make this mistake.

    BalasPadam
    Balasan
    1. everyone has to be cautious about this.

      Padam
  7. The PTI's issue will be solved soon if we have the RCI. Hopefully The TOR (term of reference)on the RCI which is lead by Tan Sri Joseph Pairin, give us a good news. The TOR will be finalized by the federal Govt. If we have strong reason, there be no more issue why should the federal government rejecting the proposal. As a leader Tan Sri Pairin take the responsible to make sure that Sabahans get the best. The state Govt will never leave their people alone. Recently Datuk Nazri made a statement that the TOR must be entail safety, social, economy and environmental aspects as the RCI would provide a lasting solution to the issue.
    So, wait and see, hopefully, the setting up of the RCI can be done soon.

    BalasPadam
  8. Culprit behind the increasing number of pti is also due to the people. Selling land to these pti would mean encouraging them to continue residing in sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The people must cooperate with the government. No point depending on government to solve this issue when the people themselves are also the cause of this issue to begin with. Please never sale your land to pti.

      Padam
  9. jika penduduk tempatan sendiri membantu PATI, bagaimana masalah PATI boleh selesai? mereka seharusnya tidak biarkan PATI menetap di kawasan kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Isu macam ni harus ada kerjasama dari semua pihak dan dilakukan serentak.

      Padam
    2. penduduk tempatan harus bekerjasama untuk membasmi masalah pati ini.

      Padam
  10. Memang sepatutnya kita tidak benarkan. tapi kalau PATI memang ada tinggal sana sudah lama, sudah tentu mereka sudah ada ramai kaum kerabat. Keselamatan kita pun harus difikirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah pati harus dirobohkan oleh pihak yang berkuasa.

      Padam
  11. Kenapa PATI diberi hak untuk menubuhkan rumah sendiri?

    BalasPadam
  12. Sabah harus bebas dari ancaman dan gangguan PATI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menjadi harapan agar kita bebas daripada ancaman pati.

      Padam
  13. hope this problem will have a solution soon.

    BalasPadam
  14. ya, pati tidak harus dibenarkan tinggal dikawasan kampung.

    BalasPadam
  15. Isu PATI ini semakin menghantui Negara kita. Kenapa isu ini sukar untuk mendapat jalan penyelesaian yang terbaik. Sedangkan kerajaan dan pihak berkuasa kerap kali melakukan tugas dan operasi bagi membenteras PATI ini.

    BalasPadam
  16. yup.. dan dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu kerap mengadakan serbuan terhadap mana2 kampung yang dipercaya dihuni oleh PATI..

    BalasPadam
  17. penduduk Sabah perlu juga memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani masalah kebanjiran PATI di negeri ini.. jika penduduk Sabah dapat memainkan peranan mereka seperti tidak memberikan kemudahan tempat tinggal kepada PATI, tidak memberikan peluang pekerjaan dan tidak membeli barangan yang mereka jual, saya yakin, PATI dengan sendirinya akan balik ke negara asal mereka..

    BalasPadam