Jangan benarkan PTI menetap di kampung
SEPANGGAR May 7, 2012: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber Kemajuan dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Jainab Hj Ahmad Ayid menyeru agar masyarakat tidak membenarkan pendatang tanpa Izin (PTI) tinggal menetap di kawasan kampung.
Katanya masyarakat perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum menjual lot tanah kepada pihak-pihak tertentu.
“Bagaimanapun tanah kerajaan tidak boleh dijual dan diharap masyarakat memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mengelakkan permasalahan berlaku akibat penjualan tanah kepada pihak tertentu.
“Saya merayu kepada masyarakat kampung supaya menyelidik dahulu sebelum membuat keputusan… ini juga memudahkan usaha kerajaan berjalan dengan lancar dalam membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Juara Rakyat ‘Wanita dan Keluarga’ di Kampung Kuala Menggatal, kelmarin.
Jelasnya, rakyat seharusnya mengetahui peraturan yang telah ditetapkan dan bekerjasama dengan pihak kerajaan.
Beliau turut menegaskan agar wakil pemimpin rakyat daripada kampung supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka.
“Kita sepatutnya ikhlas membantu rakyat…jangan biarkan tingkah laku yang mengguris hati rakyat sehingga merosakkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kita susah untuk membantu mereka,” katanya.
Mengenai status Kampung Kuala Menggatal katanya, pihaknya telah berbincang dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah dan masih dalam proses permohonan untuk memberi tanah kepada penduduk kampung terbabit.
“Saya yakin UiTM merupakan syarikat yang bertanggungjawab kerana baru-baru ini mereka telah memberikan 80 ekar kepada penduduk Kampung Lokub.
“Untuk kampung ini juga kita akan peruntukkan sebanyak RM80,000 untuk meluaskan jalan, dan membina dewan serbaguna futsal,” katanya.
Sementara itu mengenai pembinaan jalan Kampung Kabagu hingga Lumbak katanya, kerajaan menaiktaraf jalan raya di kawasan itu agar memudahkan orang kampung ke bandar, sekolah dan juga universiti.
Tambahnya, Kampung Ratau juga berpotensi menjadi pusat pelancongan yang mampu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk setempat.
by S.CONNIE PEARL SUIL
---------------
Kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur: Di manakah titik penghujungnya?
The villagers shouldn't sell off their lands which is given to them by the government to be developed. Especially not for illegals to build houses there.
BalasPadamusaha kerajaan untuk membantu rakyat akan susah sekiranya rakyat tidak memberikan kerjasama..
PadamTanah tidak harus ditukar milik atau dijual untuk mendapatkan keuntungan.
PadamHope this matter will be solved soon.
PadamHope that no locals will allow the illegal immigrants to reside in their land or kampung as this will only encourage them to continue to migrate here illegally.
BalasPadamkerjasama daripada rakyat kepada usaha2 kerajaan untuk mengurangkan kependudukan pendatang asing adalah perlu untuk memastikan segala perancangan dan usaha kerajaan berjalan dengan lancar..
Padampenduduk kampung juga harus memberikan kerjasama dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kedatangan pendatang asing di negeri ini.
BalasPadamkenalah bekerjasama untuk menghalaukan mereka.
PadamJKKK harus memainkan peranan mereka untuk memastikan kampung mereka bebas daripada pendatang asing..
BalasPadamSemua pihak harus bekerjasama untuk menngurangkan pendatangan asing.
Padamtanah2 kampung juga janganlah dijual kepada pihak2 luar tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu..dapatkan nasihat daripada pengamal undang2 sebelum membuat keputusan.
BalasPadamjika tidak, PTI akan menetap situ, susah untuk menghalau mereka.
Padamthese illegals have to right to make any houses in our land. Let's not make this mistake.
BalasPadameveryone has to be cautious about this.
PadamThe PTI's issue will be solved soon if we have the RCI. Hopefully The TOR (term of reference)on the RCI which is lead by Tan Sri Joseph Pairin, give us a good news. The TOR will be finalized by the federal Govt. If we have strong reason, there be no more issue why should the federal government rejecting the proposal. As a leader Tan Sri Pairin take the responsible to make sure that Sabahans get the best. The state Govt will never leave their people alone. Recently Datuk Nazri made a statement that the TOR must be entail safety, social, economy and environmental aspects as the RCI would provide a lasting solution to the issue.
BalasPadamSo, wait and see, hopefully, the setting up of the RCI can be done soon.
when is the confirmation?
PadamCulprit behind the increasing number of pti is also due to the people. Selling land to these pti would mean encouraging them to continue residing in sabah.
BalasPadamThe people must cooperate with the government. No point depending on government to solve this issue when the people themselves are also the cause of this issue to begin with. Please never sale your land to pti.
Padamjika penduduk tempatan sendiri membantu PATI, bagaimana masalah PATI boleh selesai? mereka seharusnya tidak biarkan PATI menetap di kawasan kampung.
BalasPadamBetul tu. Isu macam ni harus ada kerjasama dari semua pihak dan dilakukan serentak.
PadamKenalah bijak.
Padampenduduk tempatan harus bekerjasama untuk membasmi masalah pati ini.
PadamMemang sepatutnya kita tidak benarkan. tapi kalau PATI memang ada tinggal sana sudah lama, sudah tentu mereka sudah ada ramai kaum kerabat. Keselamatan kita pun harus difikirkan.
BalasPadamrumah pati harus dirobohkan oleh pihak yang berkuasa.
PadamKenapa PATI diberi hak untuk menubuhkan rumah sendiri?
BalasPadammereka yang main paksa saja.
PadamSabah harus bebas dari ancaman dan gangguan PATI.
BalasPadammemang menjadi harapan agar kita bebas daripada ancaman pati.
Padamhope this problem will have a solution soon.
BalasPadamya, pati tidak harus dibenarkan tinggal dikawasan kampung.
BalasPadamIsu PATI ini semakin menghantui Negara kita. Kenapa isu ini sukar untuk mendapat jalan penyelesaian yang terbaik. Sedangkan kerajaan dan pihak berkuasa kerap kali melakukan tugas dan operasi bagi membenteras PATI ini.
BalasPadamyup.. dan dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu kerap mengadakan serbuan terhadap mana2 kampung yang dipercaya dihuni oleh PATI..
BalasPadampenduduk Sabah perlu juga memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani masalah kebanjiran PATI di negeri ini.. jika penduduk Sabah dapat memainkan peranan mereka seperti tidak memberikan kemudahan tempat tinggal kepada PATI, tidak memberikan peluang pekerjaan dan tidak membeli barangan yang mereka jual, saya yakin, PATI dengan sendirinya akan balik ke negara asal mereka..
BalasPadam