Rabu, April 18, 2012

TUBUHKAN RCI TANPA TAKUT & PILIH KASIH DEMI KEDAULATAN & KESELAMATAN NEGARA

Penubuhan Suruhanjaya Diraja Boleh Selesaikan Keraguan Daftar Pemilih - PBS

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)Datuk Radin Malleh berpendapat satu-satunya cara untuk mengatasi kewujudan 22,000 nama meragukan dalam daftar pemilih ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Oleh itu, kata beliau, Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan suruhanjaya berkenaan dengan segera untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan berhemah, cermat, teliti serta tanpa takut dan pilih kasih.

"Kami dalam PBS mahu suruhanjaya ini ditubuhkan demi kepentingan kedaulatan, keselamatan negara dan untuk manfaat generasi akan datang kami, rakyat Malaysia sebenar yang berasal dari Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Radin, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu menjangka tugasnya pada pilihan raya umum ke-13 akan lebih mencabar kerana persaingan antara parti yang bertanding diramalkan lebih sengit berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata 0.3 peratus daripada 12.6 juta pemilih diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan setelah pemeriksaan terhadap rekod mereka dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kira-kira 22,000 daripada mereka diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan apabila kad pengenalan mereka yang dikeluarkan JPN, tidak diambil sejak lebih 20 tahun.

22 ulasan:

  1. Diharapkan kerajaan Persekutuan akan bersetuju menubuhkan RCI ini untuk menyelesaikan masalah pengundi diragui ini sebelum PRU-13.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang diharapkan...

      Padam
    2. Persekutuan pasti membuat keputusan yang bijak untuk menubuhkan RCI secepat mungkin.

      Padam
    3. RCI for Sabah as well as the entire country is needed, hopefully the government will finally approve it.

      Padam
  2. Syabas kepada PBS kerana tidak berputus asa untuk memperjuangkan RCI ini, teruskan perjuangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PBS masih lagi aktif dalam memperjuangkan RCI, ternyata masih releven dan disokong oleh ramai rakyat.

      Padam
    2. PBS terus konsisten dengan perjuangannya...

      Padam
    3. Hopefully PBS will continue to call for the Federal Government on RCI.

      Padam
  3. Sebelum ni ada ynag mengatakan 400000, 40000 dan sekarang pula 22,000. mana satu yang betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin setelah ditapis dari 40 ribu menjadi 22 ribu...apa2 pun yang penting ialah RCI ditubuhkan..

      Padam
    2. 40,000 atau 22,000 sama juga, siasatan terperinci harus dijalankan untuk mengenal pasti identiti pengundi baru ini.

      Padam
    3. Tidak tahulah dari mana mereka dapat nombor ini, lain orang lain maklumat.

      Padam
  4. Pastikan SPR dan JPN bekerjasama menyelesaikan masalah dalam daftar pemilih ni sebelum PRU dijalankan.

    BalasPadam
  5. I think the authorities need to seriously handle the issue. Datuk Welfred statement really make sense. I hope Federal govt should now seriously announce the setting up of the RCI.

    BalasPadam
  6. senarai daftar pemilih harus dikemaskini dan dibersihkan sebelum menjelang pru13..

    BalasPadam
  7. diharapkan RCI akan ditubuhkan segera..

    BalasPadam
  8. Pertubuhan RCI tidak harus ditangguhkan lagi. Masalah PATI akan menjadi satu isu tidak terkawal jika dilenggahkan masanya.

    BalasPadam
  9. jika tiada cadangan yang lebih baik, RCI harus dilaksanakan untuk mencari punca masalah.

    BalasPadam
  10. Demi PRU yang bersih dan adil, senarai yang diragui harus disemak dan dikemaskini.

    BalasPadam
  11. usaha dalam memperjuangkan penubuhan RCI harus diteruskan. RCI perlu bagi selesaikan isu PATI yang membelenggu kita pada masa kini.

    BalasPadam
  12. Sekarang hanya menunggu daripada KErajaan persekutuan mengenai RCI ini untuk ditubuhkan. Kerajaan Negeri Sabah telah pun menyuarakan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan.

    BalasPadam
  13. selepas PBS menghantar TOR sebagaimana yang diminta, saya harap menteri persekutuan tidak berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan lagi untuk menubuhkan RCI..

    BalasPadam