Rabu, April 18, 2012

"… SAYA SEDIH KERANA MELIHAT BEGITU SENANG NEGARA INI DIJUAL KEPADA WARGA ASING, SEMATA-MATA UNTUK MENANG DALAM PILIHAN RAYA…” - TAMRIN

Masih dalam Umno tapi sokong Bersih 3.0

Masih dalam Umno tapi sokong Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 18 April 2012 - Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih bersama-sama Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Menyentuh mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.

"Hari ini saya sedih kerana melihat begitu senang negara ini dijual kepada warga asing, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

"Berpuluh ribu rakyat asing diberi kad pengenalan. Bermakna kita sanggup menjual negara kita ini semata-mata nak menang.

"Saya boleh nyatakan, kerana nak menang kita sanggup jual negara," kata beliau sewaktu berucap di Ceramah Countdown 10 hari Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. (Gambar oleh Mohd Nasir)

Tamrin juga menyifatkan rakyat yang menyokong dan menggerakkan Bersih 3.0 sebagai wira kerana berjuang untuk membersihkan pilihan raya yang kotor.

"Tuan-tuan hari ini merupakan wira yang nak perjuangkan supaya negara kita tak terjual kepada rakyat asing.

"Kalau kotor kita kena buat apa?" Soalnya dan disambut laungan " Kena bersihkan," oleh kira-kira 2,000 yang hadir.

Sementara itu, bekas pimpinan dan ahli Umno selama 56 tahun, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir menyatakan kesediaannya untuk sama-sama menyertai Duduk Bantah.

Beliau berkata, kewujudan Bersih 3.0 selepas Bersih 1 pada 2007 dan Bersih 2.0 tahun lepas sangat perlu kerana kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi yang ada.

"Malaysia negara demokrasi yang dipunyai rakyat. Hak yang paling penting dalam negara demokrasi ialah rakyat boleh pilih kerajaan mereka yang benar-benar bersih, telus dan adil. Tapi Umno lupa perkara ini.

"Alhamdulillah ada Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3. Walaupun Bersih 1 saya berada dalam kerajaan tapi saya sokong dari dalam.

"Kalau tak ada pilihan raya bersih kita bukan negara demokrasi," katanya.

Beliau juga menegaskan, pilihan raya tidak boleh diadakan selagi media tidak bebas.

Katanya, kerajaan bertindak seolah-olah media milik mereka sahaja, tanpa memberi ruang kepada pembangkang.

"Untuk pilihan raya bersih media mesti adil. Dalam pilihan raya 2008 walaupun dalam keadaan (PR) tak ada duit tak boleh akses media tapi hampir 48 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat

"Semua radio, televisyen, suratkhabar ada satu suara sahaja iaitu suara kerajaan.

"Saya rasa tidak boleh diadakan pilihan raya Jun ini sehingga dibebaskan media massa.

Biarlah kita turun ramai-ramai 28 haribulan ini dan saya akan ada bersama," katanya disambut tepukan gemuruh.

Beliau turut disarungkan t-shirt Bersih 3.0 oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diiringi lagu dan maskot kuning Jang Ubah.

27 ulasan:

  1. SPR dan PSC telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Bersih pada PRU-13. Sebelum ini PSC telah membincangkan 22 butir yang disyorkan dan daripadanya 18 butir diterima. Diharapkan kita boleh melihat pilihan raya yang lebih bersih dan adil pada PRU-13.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul, 18 cadangan ini akan dilaksanakan oleh SPR pada PRU-13 dan pilihan raya seterusnya.

      Padam
  2. Bersih perlulah berbincang lagi dengan SPR untuk membangkitkan pendapat mereka mengenai isu pilihanraya sebelum mengadakan perhimpunan Bersih ini. Jika boleh bawa berbincang, tidak perlulah mengadakan demo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wakil2 pembangkang pun ada dalam PSC, pasti segala cadangan untuk menambah baik PRU telah dibincangkan. tidak perlu la Bersih 3.0 dilancarkan untuk mendesak kerajaan mendengar permintaan mereka.

      Padam
    2. Bersih baru-baru ini mengajak SPR untuk berdebat dalam satu platform.

      Padam
  3. Semakin ramai ahli UMNO yang menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti. Inilah petanda pembaikan perlu dilaksanakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. parti komponen seharus menunjukkan sikap kerjasama agar rakyat lebih berkeyakinan terhadapnya.

      Padam
    2. Kelemahan BN harus dikenal pasti.

      Padam
  4. Di Sabah, RCI sangat2 diperlukan untuk menangani masalah PATI

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN akan membuat tindakan bijak untuk menubuhkan RCI.

      Padam
    2. kami menantikan pengumuman dari BN.

      Padam
    3. Diharapkan kerajaan Persekutuan akan bersetuju melaksanakan RCI ini selepas melihat Terma dan Rujukan daripada Sabah BN.

      Padam
  5. pembangkang adalah dalang Bersih..

    BalasPadam
  6. Bersih digunakan oleh pembangkang untuk meraih sokongan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berish adalah baik untuk menjamin PRU yang lebih bersih, adil dan transparent.

      Padam
  7. PSC telah ditubuhkan oleh Parlimen yang mana dianggotai oleh kerajaan, pembangkang dan juga bebas untuk mencari ramuan baru bagi memperbaiki sistem pilihanraya kita kepada lebih adil dan bersih...jadi tidak payahlah Bersih berhimpun sekali lagi..

    BalasPadam
  8. rakyat janganlah terkeliru..adalah lebih baik kita menunggu keputusan dari Parlimen mengenai dapatan2 yang diperolehi oleh PSC ini..

    BalasPadam
  9. diharapkan RCI ditubuhkan dengan segera.

    BalasPadam
  10. Bukan mudah untuk mencapai negara 100% democracy memandangkan keadaan politik negara kami sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. negara kami bukan mudah mencapai matlamat ini dengan adanya kuasa besar control keputusan PRU.

      Padam
  11. betul katanya, ada juga golongan pemimpin sanggup membuat apa sahaja untuk menjami kedudukannya.

    BalasPadam
  12. Pertambahan penduduk secara mendadak memang luar biasa, maka siasatan terperinci harus dijalankan.

    BalasPadam
  13. Masalah PATI semakin bertambah, jika tidak terkawal, golongan ini akan membanjiri seluruh negeri Sabah.

    BalasPadam
  14. RCI perlu ditubuhkan segera bagi atasi isu PATI yang makin menjadi-jadi.

    BalasPadam
  15. Sebab itulah kenapa RCI ingin dilaksanakan. Ini kerana untuk memastikan Projek IC ini tidak berlaku dan dapat disiasat siapakah dalang dalam hal ini.

    BalasPadam
  16. jika kerajaan menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa, bagaimana negeri2 maju seperti selangor dan pulau pinang boleh jatuh ketangan Pakatan?? bagaimana PAS boleh kekal mentadbir kelantan selama lebih 20 tahun sedangkan parti itu telah gagal memberikan kemajuan kepada negeri itu..

    BalasPadam
  17. saya juga sedih melihat rakyat dijadikan perisai oleh pemimpin2 pembangkang semata2 mahu menumbangkan kerajaan..

    BalasPadam