Rabu, April 11, 2012

KERAJAAN MEMBENARKAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 AGAR DILAKSANAKAN DALAM SUASANA AMAN

Perhimpunan Bersih 3.0 bukan ancam keselamatan

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 kerana menyifatkan ia bukan isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun kerajaan berharap penganjur dapat memberi jaminan perhimpunan itu dilaksanakan dalam suasana aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat.

''Bersandarkan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan ini selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

''Semua yang terlibat boleh berhimpun tetapi penganjur perlu memastikan ia tidak akan menyusahkan orang ramai serta mengganggu ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

------------------------

Bersih setuju merujuk DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka

pihaknya akan menerima nasihat Putrajaya supaya merujuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan penganjuran perhimpunannya yang dijadualkan 28 April ini.

permohonan permit berkenaan perhimpunan itu hanyalah formaliti kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein semalam sudah berkata perhimpunan itu boleh dilaksanakan.

“Pada saya, kami sebenarnya sudahpun mendapat kebenara,”

Datuk Ambiga Sreenavasan

12 ulasan:

  1. Harap perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman, tanpa sebarang masalah.

    BalasPadam
  2. Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) juga akan mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau Bangkit 2.0 pada 28 April ini, di Padang Merdeka. Kota Kinabalu.

    BalasPadam
  3. Perhimpunan kali ini telah mendapat permit. Peristiwa buruk yang berlaku pada perhimpunan Bersih julai lalu diharap tidak akan berulang.

    BalasPadam
  4. Tanggungjawab pihak penganjur untuk memastikan perhimpunan tu berada dalam keadaan aman damai.

    BalasPadam
  5. Harap peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak akan terjadi lagi pada perhimpunan ini.

    BalasPadam
  6. Pihak penganjur harus memastikan perhimpunan kali ini akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang masalah.

    BalasPadam
  7. Suka betul buat perhimpunan. Bukan boleh selesai masalah juga.

    BalasPadam
  8. Ok lah tu dapat permit, harap ikut undang2 supaya tiada masalah yang timbul.

    BalasPadam
  9. walaupun perhimpunan itu dibenarkan, tapi sebaiknya tak perlulah menyertainya.

    BalasPadam
  10. Itu yang kita mahu. Persetujuan antar dua pihak bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

    BalasPadam
  11. syabas kepada kerajaan kerana masih boleh berkompromi dengan penganjur2 Bersih walaupun tindakan mereka ini mampu menjejaskan imej negara..

    BalasPadam
  12. jika tidak ada apa2 tindakan diambil terutamanya pihak polis terhadap perserta dan penganjur perhimpunan Bersih ini, pasti penganjur akan rasa kecewa kerana mereka sebenarnya mengharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan2 ganas terhadap peserta2 mereka..

    BalasPadam