Tg Adnan: 'Sikap diam diri Umno-BN makan diri'
KUALA LUMPUR 24 April 2012 - Sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, malahan pembangkang juga telah 'menjenamakan' Umno dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme sedangkan realitinya bukan begitu.
BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri pada PRU Mac 2008.
Justeru tegas beliau, BN tidak akan mengambil sikap sedemikian dalam menghadapi PRU13.
“Sebelum ini kita cuma mendiamkan diri dan hanya membiarkan pihak pembangkang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak benar, memang itu kesilapan kitalah.
“Tetapi sejak beberapa tahun lalu, barisan kepimpinan telah bangkit untuk membaiki kesilapan ini dan mula menjelaskan kepada rakyat bahawa Umno, BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online, semalam.
Malah kata beliau, mengatasi ‘musuh’ dalam parti sendiri berbanding ‘musuh’ di luar adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh Umno ketika ini.
Katanya, masalah ini timbul apabila ahlinya yang tidak menjiwai perjuangan Umno sehingga ada yang kecewa dan tidak mempertahankan parti.
Sehubungan itu katanya, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengenal pasti individu berkenaan dan memastikan mereka tidak sabotaj ataupun mengkhianati parti.
“Kita telah melantik ejen-ejen di peringkat negeri untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya,
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, mereka yang didapati mengkhianati parti tidak akan diambil tindakan drastik seperti dipecat, sebaliknya diberi teguran ataupun amaran supaya menghentikan perbuatan itu.
“Kita bukan seperti PKR ataupun Pas yang mengambil tindakan melulu dan mengikut sesuka hati.
“Sebab itulah kita tubuhkan jawatankuasa ini kerana kita ingin mengambil langkah pencegahan daripada menghukum,” jelasnya.
Prevention is always better than cure, hope that the members in BN are always supportive and cooperative with each other so that they can go towards their goals together.
BalasPadamIts good to know that BN component members are united, this will help them move together as one.
PadamAt least its better than PR who always have to deal with internal conflicts, not to mention the split votes from the inability of the Opposition parties to cooperate during the next GE.
BalasPadamEven now they are bickering among each other, internally and externally with other opposition parties.
PadamMasing-masing ada agenda untuk dicapai.
Padambaguslah ada tindakan proaktif untuk memantau musuh dalam selimut yang banyak mensabotaj parti.
BalasPadamahli parti yang suka mensabotaj memang patut dikenakan tindakan disiplin ataupun dikeluarkan saja dari parti.
Padamkini BN memperhebatkan angkatannya untuk membidas tuduhan2 yang dibuat oleh pembangkang demi membersihkan imej parti yang telah tercalar..teruskan usaha.
BalasPadamHope that BN will be able to prevent any internal problems which can affect the party's overall performance.
Padamkalau pemimpin yang terkena dakwaan2 palsu dari pihak lawan, wajarlah pemimpin itu sendiri memberi penjelasan untuk membersihkan imejnya.
PadamBN perlu bijak dalam menangkis semua dakwaan2 yang dibuat pembangkang. jgn mendiamkan diri.
BalasPadamKebijaksanaan perlu dalam hal ini.
PadamBN bukan diam diri tetepi mengaku secara diam-diam.
PadamMusuh akan berbuat apa saja untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang
BalasPadamKalau nak bersaing, saing lah dengan terbuka dan amanah.
BalasPadamHigh EQ and IQ needed in politics.
BalasPadamMasalah internal dan external BN harus ditanggani dengan bijak.
BalasPadamKadang2 adalah lebih baik berdiam diri daripada mengatakan sesuatu.
BalasPadampastinya mereka dapat menyelesaikan masalah mereka.
BalasPadamPilihanraya suda dekat, harus lakukan yang terbaik untuk rakyat.
BalasPadamBN perlu mengerakkan jentera mereka untuk mendekati rakyat. Ini bagi menepis pelbagai fitnah dan khabar angin daripada pembangkang.
BalasPadamdalam Pakatan, mana2 ahlinya yang dikenal pasti membuat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti mesti kena pecat.. tidak wujud langsung demokrasi dalam Pakatan..
BalasPadamsementara masih ada masa untuk menjawab tuduhan2 pembangkang, jawablah sebaik2nya.. jangan dilewat2kan.. pilihanraya sudah terlalu dekat..
BalasPadam