Sabtu, April 21, 2012

BAYARAN RM1.5 JUTA DARI MENTERI: ARTIS ANCAM TINDAKAN MAHKAMAH

Bayaran RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah

NONE9:40PM Apr 20, 2012: Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

------------------

19 ulasan:

  1. Dari mana datangnya maklumat bahawa Shafie Apdal membiyai Zahida Rafik sebanyak RM1.5 juta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari orang2 yang ingin menjatuhkan reputasi Shafie agaknya.

      Padam
    2. Setahu saya, bekasa pemandu Shafie yang membongkarkan semua ini, tetapi tidak tahulah sejauh mana kita boleh percaya apa yang didedahkan ini.

      Padam
  2. Sejauh mana dakwaan ini boleh dipercayai? Bagus kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak penguatkuasa terlebih dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sampai masuk mahkamah lagi la kontroversi

      Padam
    2. Cakap2 mulut memang senang saja tersebar. lebih baik serahkan saj perkara ni dengan pihak yang berwibawa untuk jalankan siasatan.

      Padam
    3. Saya rasa pihak berkuasa sudah mula menyiasat dakwaan ini, kita tunggu dan lihat sajalah.

      Padam
  3. hubungan intim atau isteri? macam2 la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi ada juga yang kata kedua2 mereka ni sudah bernikah tapi tanpa pengetahuan isteri Shafie. tidak boleh percaya jugalah kalau sumber ni. tunggu saja siasatan.

      Padam
  4. Investigation is needed to be done on this case to confirm whether Noor Azman allegation is true.

    BalasPadam
  5. Zahida juga mengatakan bahawa peguamnya sedang mengurus perkara ini, kita serahkanlah semua ini kepada pihak berkuasa.

    BalasPadam
  6. Berita baik, "Zahida dan Shafie sudah lama bernikah". Hahahaha!

    BalasPadam
  7. Business apa yang Zahida buat? Cepat betul kaya. Hairan juga nama Shafie dan Zahida boleh dikaitkan. Mereka berdua menang kenal antara satu sama lain?

    BalasPadam
  8. Shafie dan zahida dah menafikan hal ini, lagipun tak da bukti. ini hnya direka untuk menburukkan nama mereka berdua.

    BalasPadam
  9. Kenapa mahu ancam lagi?? Kalau benar itu tipu semua terus bawa kes ini kemahkamah. Tidak perlu lagi mahu ancam dan sebagainya.

    BalasPadam
  10. Berita yang hangat mengenai Datuk Shafie dan Zahida mengenai RM1.5 Juta diberikan kepada Zahida.

    BalasPadam
  11. Jika wang itu diberikan kepada rakyat ianya lebih barmakna.

    BalasPadam
  12. Pasti ada cerita yang terselindung disebalik semua ini.

    BalasPadam
  13. eloklah jika mangsa fitnah telah mengambil tindakan undang2.. in sahaja cara terbaik untuk membersihkan nama..

    BalasPadam