HARI ISNIN, 19 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
17. PR-1251-L48202
Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan industri kelapa sawit di negara ini boleh terus bersaing di pasaran dunia, dan mengatasi negara jiran dan negara-negara tropika yang lain yang telah memulakan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran.
23. PR-1251-L47254
Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian perlaksanaan projek pembangunan dalam tahun 2011 di negeri Sabah hanya mencapai 72% sedangkan pencapaian peringkat nasional sebanyak 88%. Apakah penyebab perbezaan ini.
27. PR-1251-L48037
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah diusir/dihantar pulang dari Sabah setakat ini, dan apakah langkah pemantauan dan penguatkuasaan untuk mengelak mereka memasuki semula negara ini.
33. PR-1251-L47508
Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah Kerajaan dalam menjadikan Gerakan Kesederhanaan Global sebagai agenda utama pengantarabangsaan ke arah titik keseimbangan keamanan sejagat.
37. PR-1251-L49093
Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah terdapat rancangan untuk mengkaji semula skim kebajikan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk warga emas, ibu tunggal serta golongan kanak-kanak dari keluarga miskin selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
38. PR-1251-L47497
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan Jabatan Luar, Jabatan Maritim dan Tentera Laut Malaysia. Apakah punca pencerobohan sempadan negara yang mudah ditembusi oleh lanun-lanun dan pendatang tanpa izin untuk kegiatan seperti penyeludupan serta anasir-anasir yang tidak diingini.
45. PR-1251-L47422
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) apakah tahap kemajuan penyerahan cadangan Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah yang berhubung pembinaan lebuh raya pantai dari pusat bandar Tawau ke Jalan Apas di bawah "Rolling Plan" RMK 10; dan
(b) apakah tempoh kajian daya maju dan tempoh pembinaan bagi projek Pintasan Trafik Pantai
59. PR-1251-L48369
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah nilai hasil pengeluaran minyak dan gas negeri Sabah bagi tahun 2011, dan apakah pelaburan PETRONAS untuk mempertingkatkan infrastruktur industri minyak dan gas selain dari pembinaan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) dan Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR).
----------------------
HARI SELASA, 20 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PR-1251-L47571
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bentuk sokongan yang dapat disalurkan Kerajaan untuk membangunkan Parlimen Silam sebagai hub industri memproses rumpai laut (seaweed) terutamanya dalam memperhebatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan bagi melonjakkan sektor ini sebagai industri utama yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi rakyat.
15. PR-1251-L49105
Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan dalam menangani kes kesalahan salah cetak slip keputusan SPM yang membabitkan tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George Pulau Pinang.
19. PR-1251-L47194
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah pendirian Malaysia mengenai laporan Traffic International yang menempatkan Malaysia sebagai “10 ke atas” bagi pemburuan ikan yu; dan
(b) apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi pemburuan ikan yu ini.
20. PR-1251-L48608
Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa hanya seorang doktor di Hospital Tenom dan cara-cara untuk meningkatkan kelengkapan kesihatan di daerahdaerah pedalaman Sabah.
21. PR-1251-L48182
Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah bekalan elektrik di Sabah, terutamanya di Pantai Timur seperti di kawasan Sandakan dapat dipertingkatkan. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.
25. PR-1251-L47230
Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat mana pelaksanaan projek pembinaan SMK. Kemburongoh dan SMK. Bundu Tuhan mengikut peratusan kerana penyiapannya agak terlewat. Apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
29. PR-1251-L48032
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah premis makanan yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) setakat ini.
54. PR-1251-L47493
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keuntungan/faedah kedua-dua pihak sejak pembelian saham MAS oleh AirAsia dan bagaimana dengan ahli lembaga dari Sabah dan beberapa penerbangan terus dari negara asing ke Sabah yang dimansuhkan.
57. PR-1251-L47238
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar bahawa ramai daripada mereka yang menghuni rumah pangsa di Telipok Ria dan Sri Rugading di Kawasan Tuaran adalah pendatang tanpa izin yang memegang MYKad dan telah pun menjadi pengundi kawasan Tuaran.
58. PR-1251-L47408
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah bilangan pengundi , pengundi baru dan pengundi pos bagi setiap Kawasan ADUN dan kawasan Parlimen di negeri Sabah sejak 3 Mac 2008 sehingga sekarang; dan
(b) sila berikan pecahan bilangan penambahan pengundi baru bagi setiap kawasan ADUN dan kawasan Parlimen mengikut bangsa, umur dan gender.
-------^><^------
63. PR-1251-L47321
Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mungkinkah kerugian berjuta-juta ringgit oleh FELDA dan Sime Darby kerana pelaburan di luar negara boleh diselamatkan dan apakah langkah-langkah berkesan yang telah diambil sehingga sekarang ini.
codex 36
Hopefully these questions and suggestion raised during the parliament session will get the attention from the government, its a good opportunity for the local MP's to raise their thoughts and questions during these sessions.
BalasPadamBetul Green Sabah. Harap persoalan yang dikemukakan dapat dijawab secara menyeluruh.
PadamHope to see better improvements on the issues, I'm glad to see Datuk Linda Tsen participating actively in parliment. Hopefully better suggestion will be raised in the future to help improve the state.
BalasPadamHarap isu yang di bangkit oleh wakil rakyat akan di ambil perhatian oleh PM kita.
Padamharap isu dalam semua soalan yang ditanya akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
PadamJelas sekali MP-MP orang kita menyuarakan isu-isu yang berkait rapat dengan hati ORANG KITA. Bagus la baitu dorang memang menjalankan peranan diorang sebagai wakil rakyat.
BalasPadamItulah sebaiknya. Art least rakyat taklah jauh hati kan. hihi
Padamya..memang baik MP-MP daripada Sabah aktif dalam menyuarakan kepentingan rakyat.
PadamSelain daripada penjelasan kepada isu-isu yang diutarakan, harap tindakan susulan dapat dijalankan bagi setiap isu yang diutaarakan demi kebaikan rakyat Sabah.
BalasPadamIsu-isu yang di utarakan perlu segera di tangani terutamanya isu PATI di sabah,.
PadamYa pastikan setiap hal yang diketegahkan diberi perhatian sekaligus ada jalan penyelesaian supaya isu2 itu tidak lagi berpanjangan.
PadamDiharap ada jalan penyelesaian yang lebih konkrit untuk selesaikan masalah2 yang berlaku di Sabah. Walk the talk. Kerjasama di antara kerajaan negeri dan persekutuan amat penting.
BalasPadamIsu2 yang memerlukan penyelesaian harus segera diselesai.
Padamya..setiap isu yang berlaku harus diselesaikan demi kepentingan semua pihak.
PadamDi Fb terutamanya sering berlaku 'perdebatan' di kalangan rakyat. Adalah lebih baik jika perbincangan yang lebih membangun dan positif dibuat di kalangan mereka. Siapa tahu idea daripada rakyat biasa mampu diaplikasikan oleh kerajaan untuk selesaikan masalah yang ada.
BalasPadamYa, saya sokong, pendapat rakyat harus di ambil kira.
PadamPemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat
BalasPadamsemua isu yang ditimbulkan dalam sesi ini adalah berkaitan dgn hal2 rakyat, dan moga ia dpt diselesaikan.
BalasPadamPemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.
BalasPadamUtamakan rakyat, sokongan pasti tidak akan hilang.
PadamBetul jena dan pastikan perjuangan untuk rakyat dibuat secara ikhlas barulah rakyat akan beri sokongan sehabis mungkin.
Padamsetuju..pemimpin yang jalankan tugas dengan baik pasti akan terus disokong.
PadamDan paling penting setiap pemimpin haruslah walk the talk. hehe
BalasPadamhrap setiap soalan akan terjawab dan cdangan yang diberikan akan dipertimbangkan.
BalasPadamTeruskan menyuarakan masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Sabah.
BalasPadamBersuara untuk kepentingan rakyat itulah tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
BalasPadamsyabas kepada semua MP yang mengetengahkan isu2 Sabah.. namun bagi saya lebih baik mereka fokus kepada isu2 kritikal seperti PATI, NCR dan kemiskinan..
BalasPadam