Rabu, Mac 21, 2012

TIADA MAAF PEMBUNUH DIRANG

Tiada maaf pembunuh Dirang

 

Tiada maaf pembunuh Dirang

JOHOR BAHRU 21 Mac 2012– Bapa kanak-kanak malang tragedi bunuh dan bakar, Hendry Yongot tiada memaafkan pembunuh anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hendry, 35, yang menyifatkan Dirang peramah, pintar dan ceria berharap insiden menimpa anak perempuannya itu, adalah pembunuhan terakhir seumpamanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika dimaklumkan Dirang dibunuh. Tak mungkin saya boleh maafkan si pembunuh. Saya harap pembunuh mendapat hukuman­ sepatutnya,”

katanya ketika ditemui di Kompleks Dalam Negeri di sini, semalam.

Apapun, Hendry akan dihantar pulang ke Filipina oleh pihak berkuasa berikutan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya akur keputusan itu walau hati berasa berat,” katanya.

Hendry yang berasal dari Sulu berkata, dia memasuki Sabah pada 1993 dan tidak pernah pulang ke kampung halamannya sejak itu.

“Walau hati terlalu sedih, saya terpaksa pulang dan itu hukuman buat saya. Namun Dirang sentiasa lekat di hati. Setiap masa. Begitu juga Mohd Hafis, satu-satunya waris saya yang tinggal.

“Saya belum merancang kehidupan di Filipina, namun saya pasti datang semula ke Malaysia untuk melawat anak dan pusara Dirang, jika diberi keizinan,” katanya.

Sepanjang ketiadaannya nanti, Hendry berharap bekas isteri Roselyn Alan, 25, dapat menjaga Mohd Hafis dengan baik, selain berpesan kepada ibu bapa lain agar menjaga keselamatan anak masing-masing.

Menceritakan kembali sebelum menerima khabar mengenai kehilangan Dirang, Hendry yang menetap di Rawang, Selangor berkata, hubungannya dengan anak-anak dan Roselyn amat baik walaupun mereka sudah berpisah sejak empat tahun lalu.

“Seminggu sebelum kehilangan Dirang, saya ada hubunginya. Kami berbual seperti biasa, bertanya khabar dan meluah rasa rindu.

“Roselyn memaklumkan kehilangan Di­rang kepada saya petang kejadian. Saya tiba di Johor pada 8 Mac sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 12 Mac lalu.

Polis kini masih menahan reman tiga individu termasuk seorang wanita sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

9 ulasan:

  1. We live in a world with people who are bad, but the ones that committed a heinous crime like this deserves lesser rights than that of an animal.

    BalasPadam
  2. With the magnitude of brutality that has to be accomplished for this sort of crime, I don't understand how some people have the audacity of inhumane actions to commit such a thing.

    BalasPadam
  3. Diharapkan mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam adik Dirang akan mendapat hukuman setimpalnya.

    BalasPadam
  4. Ibu-bapa perlulah sentiasa menjaga anak mereka dengan baik supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

    BalasPadam
  5. Diharap pembunuh arwah Dirang dapat dikesan dan ditangkap. mudah2an mendapat hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  6. semoga pembunuh Dirang menerima hukuman. Bapa Dirang perlu dpt dokumen sah jika ingin kembali ke Malaysia.

    BalasPadam
  7. Satu peristiwa yang menyedihkan atas kematian Dirang yang dibakar.

    BalasPadam
  8. kalau boleh si pembunuh wajar menerima hukuman sebagaimana pembunuh itu membunuh mangsanya.. dia patut rasa bagaimana kesengsaraan yang ditanggung oleh mangsa bunuhnya..

    BalasPadam
  9. mudah-mudahan pembunuh Dirang akan merasa bgaimana keadaan adik dirang saat dia takut dgn kelakuan kamu..... binatang jugak tidak berhati seperti kmu

    BalasPadam