Sabtu, Mac 31, 2012

DEMO ANTI PTPTN 14 APRIL

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka

Mac 30, 2012: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang (kanan) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 01"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,"

katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur danNONE dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

10 ulasan:

  1. Kalau tidak mampu ataupun tidak berniat untuk membayar balik, baik jangan membuat pinjaman. Lepas pinjam, mesti bayar, ini prinsipnya.

    BalasPadam
  2. Baik PR menjelaskan bagaimana pemansuhan PTPTN ini akan dilakukan jika mereka adalah kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah dari mana dana PR perolehi jika benar mereka mahu hapuskan PTPTN dan membantu semua rakyat yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi secara percuma. Negara bankraplah kalau di bawah pentadbiran PR.

      Padam
  3. PR perlu perjelasakan bagaimana mereka nak mansuh PTPTN, jgn hnya sekadar janji tapi tak boleh laksanakan.
    pada pelahar yng nak buat demo tu, fikirlah dulu, jgn mudah terpedaya dgn pembangkang.

    BalasPadam
  4. Rasa lucu pun ada "Kelab Mangsa PTPTN". loan memang perlu bayar. Sebelum students buat pinjaman memang tahu semua tu.

    BalasPadam
  5. Semua la mahu percuma. Masuk tandas awam pun bayar. Kalau memang tidak berkemampuan boleh diterima tapi kalau keluarga yang berduit bukan apa kasi percuma.

    BalasPadam
  6. Pandai pinjam tapi tidak pandai bayar balik. sepatutnya kenanglah budi kerajaan yang telah membantu memberikan wang untuk melanjutkan pelajaran.

    BalasPadam
  7. Nampaknya mahasiswa menyokong pemansuhan PTPTN ini.

    BalasPadam
  8. Kalau tanya mahasiswa yang buat demo ni apa yang sebenarnya dia ni nak selain tak mahu bayar loan? dia orang sendiri pun tak tahu kerana yang datang ni pong result dia orang cukup makan je, nak kerja pon susah dengan kelulusan yang deme tu ade, sebab tu turun padang mintak lumus PTPTN, orang suruh belajor biar datang result bagus, gi kat jalanan buat demo, kalau berani dedahkan result yang buat demo berapa pointer deme dapat/ hampesss

    BalasPadam
  9. macam kejam sangat PTPTN yang menyediakan kemudahan pinjaman sehingga para peminjam dikatakan mangsa PTPTN.. tidak ada yang paksa pelajar2 tidak tahu bersyukur ini untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.. kalau tidak suka, batalkan saja pinjaman..

    BalasPadam