Kutipan hasil cukai Kastam dijangka terus meningkat
JANATHAN (dua dari kanan) menerima replika cek daripada wakil syarikat Petronas Carigali, Joseph Podtung sebagai tanda pembayaran cukai pertama tahun ini sebanyak RM6,508,456.32 daripada syarikat itu kepada Kastam negeri.
KOTA KINABALU Feb 1, 2012: Kutipan hasil cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah tahun ini dijangka meningkat dengan pembukaan dua loji minyak mentah di Sabah iaitu Petronas Carigali dan Murphy Sarawak Oil Co Ltd.
Pemangku Pengarah Kastam Negeri, Janathan Kandok, berkata langkah syarikat itu menunjukkan pembangunan ekonomi pesat negeri itu, sekali gus mampu mencapai sasaran jabatan itu.
“Ia selaras dengan perancangan mereka yang terkandung dalam Pelan Tindakan Strategik JKDM Sabah.
“Sebelum ini, pembayaran duti eksport dilunaskan di Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi tiba sudah tiba masanya Sabah mengambil hasil berkenaan berdasarkan kedudukan telaga minyak yang terletak di perairan Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran penerimaan Duti Eksport Minyak Mentah oleh Petronas Carigali dan Murphy Sarawak Oil Co Ltd di Bangunan Kastam Sabah, di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, kedua-dua syarikat berkenaan turut menyerahkan cek pembayaran cukai pertama pada tahun ini berjumlah RM21 juta.
Hadir sama, wakil dari Murphy Sarawak Oil Co Ltd iaitu Datuk Buang Ahmad dan Joseph Podtung dari Petronas Carigali.
Janathan berkata, selain menjana ekonomi negeri ini, pembukaan loji berkenaan semestinya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Ini menunjukkan bahawa negeri ini mempunyai telaga minyak yang berpotensi dibangunkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2009 oleh Jawatankuasa Kemudahan Cukai Tak Langsung yang sudah dibentangkan kepada Kementerian Kewangan didapati segala amalan sebelum ini tidak bertepatan dengan peraturan Kastam kerana minyak itu berada di Sabah dan segala urusan perkastaman termasuk cukai terbabit hendaklah dijelaskan di negeri itu.
Harap cukai yang dibayak ini boleh digunakan untuk melancarkan lagi pengurusan kasatam Sabah selepas ini.
BalasPadammoga hasil kutipan cukai akan bertambah lagi pada masa akan datang.
PadamBertambah dan diurus dengan telus. Bukan untuk dimanipulasikan untuk kepentingan individu tertentu.
PadamBertambah dan diurus dengan telus. Bukan untuk dimanipulasikan untuk kepentingan individu tertentu.
Padambanyak juga hasil cukai yang diperolehi oleh JKDM ya..
PadamPembukaan Loji ini bolehlah membantu mengurangkan masalah kekurangan pekerjaan di Sabah untuk para penganggur.
BalasPadammoga ia dpt membantu penduduk Sabah dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
PadamDiharap rakyat Sabah sendiri yang diutamakan.
Padampara graduan yang masih menganggur perlulah peka kepada setiap peluang yang ada.
PadamHasil dalam bentuk peningkatan pelaburan asing dan domestik, peluang pekerjaan yang banyak, memperbaiki pendapatan nasional dan penarafan antarabangsa bagi kompetitif perniagaan.
BalasPadamState continues to see progress in several sectors of the economy, most notably in oil and gas, palm oil and tourism.
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Pasti kedua-dua belah pihak akan mendapat faedah dari semua ini.
BalasPadamselain memfokuskan kepada pengutipan cukai, kastam juga perlu kerap memantau aktiviti penyeludupan keluar barang dari negeri ini ke negara jiran.. sepertimana kes2 yang dilaporkan, jumlah kerugian yang dialami oleh negeri ini boleh mencecah jutaan ringgit..
BalasPadam