Rabu, Februari 01, 2012

GABUNGAN JKKK 5 KAMPUNG DAN 162 PENDUDUK KAMPUNG AKAN PERTAHANKAN TANAH

JKKK dan 162 pengusaha akan pertahan tanah

KENINGAU 1st Feb 2012: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) gabungan lima buah kampung bersama lebih 162 pengusaha tanaman Kg. Bukit Indah (Ulu Bunang Sook) sebulat suara mempertahankan tanah yang telah diusahakan dengan getah dan sawit.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak yang juga Pengerusi JKKKKg. Serumpun Samin Ahmad, 64, berkata, mereka merayu kepada pihak yang berwajib supaya campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini katanya, berikutan kemasukan jentera salah satu pemaju di daerah ini sudah memasuk kawasan berkenaan tanpa penyelesaian yang jelas dan meletakkan penduduk yang terlibat dalam kerisauan tentang kedudukan dan hak mereka.

Katanya, pada 10 Oktober 2011 (tahun lalu) masalah ini sudah mendapat perhatian dari Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Datuk Osman Jamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Elleon Alfred Angin yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Pada masa itu kata, penduduk telah diberi jaminan tidak akan kehilangan hak kerana masalah itu akan dibincang secara ‘menang- menang’ antara penduduk kampung terlibat dan Safoda.

“Tetapi baru-baru ini tiba- tiba muncul jentera pemaju tanpa pengetahuan kami dan tanpa sebarang dokumen perjanjian antara pihak pemaju dan penduduk yang terlibat” katanya.

Justeru itu katanya, penduduk telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk membantah tindakan pemaju itu dan meminta ia menangguhkan penerokaan sebelum penyelesaian yang jelas dapat dibuat.

Menurut Samin, mesyu- arat bantahan telah diadakan pada 22 Januari lepas dan disalinkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

“Kami minta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia melibatkan hak dan masa depan kami” jelas Samin.

Katanya, jika Kerajaan tidak tangani masalah ini dengan segera, badan JKKK yang terlibat khuatir pengusaha tanaman akan kehilangan sumber kehidupan berasaskan hasil usaha, titik peluh dan berdikari sendiri sejak tahun 1994 sehingga kini.

15 ulasan:

  1. Harap gabungan JKKK dan penduduk 5 kampung ini mampu mempertahankan tanah mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. penduduk kini dah mula satu hati untuk mempertahankan hak2 mereka.

      Padam
    2. mana sudah wakil2 rakyat di kampung2 berkenaan?

      Padam
  2. Kerajaan perlulah membantu rakyat menyelesaikan masalah tanah kerana isu ini sudah lama dihadapi oleh mereka.

    BalasPadam
  3. kerajaan kena mendengar suara penduduk dan membantu penduduk.

    BalasPadam
  4. natives have the right to protect their rights when they are being oppressed or their rights encroached

    BalasPadam
    Balasan
    1. responsibility of BN leaders towards listening to problems faced by the people and efforts to resolve them is not seasonal but rather a continuous process

      Padam
  5. Baguslah kalau semua satu hati untuk begabung. Ini menunjukkan yang penduduk serius untuk pertahankan hak mereka.

    BalasPadam
  6. Milik siapa jentera itu? Nyatakan nama pemaju tersebut.

    BalasPadam
  7. siapa yang bagi kebenaran kepada pihak pemaju ni sedangkan perjanjian antara pemaju dan penduduk pun belum dibuat?

    BalasPadam
  8. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) gabungan lima buah kampung bersama lebih 162 pengusaha tanaman Kg. Bukit Indah (Ulu Bunang Sook) sebulat suara mempertahankan tanah yang telah diusahakan dengan getah dan sawit.

    Tanah yang telah diusahakan oleh mereka ini perlulah diteruskan. Ini untuk kebaikkan ekonomi dan hubungan baik dengan penduduk itu sendiri.

    BalasPadam
  9. Perlu ada perbincangan antara pemaju dan juga penduduk dan pada masa yang sama juga pihak berkuasa perlulah campur tangan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  10. jangan sampai berlaku kes seperti sebelum ini dimana penduduk kampung mengambil keputusan membakar rumah2 pekarja.. tidak mustahil penduduk kampung akan mengambil tindakan yang lebih kritikal dari itu jika tidak ada pihak yang tampil membantu mempertahankan hak mereka..

    BalasPadam
  11. saya setuju dengan tindakan penduduk kampung ini dan lagi bagus jika kampung2 berhampiran juga turut serta bagi mewujudkan satu tekanan yang lebih kuat terhadap pihak yang berkenaan..

    BalasPadam
  12. sepatutnya para pemimpin politik atau NGO yang sebelum ini beriya2 memperjuangkan hak rakyat berkenaan dengan hak tanah tampil bersama2 dengan penduduk kampung ini.. inilah masanya para pemimpin yang dahagakan sokongan rakyat tampil menghulurkan bantuan terutamanya dari segi guaman bagi membuktikan bahawa mereka benar2 prihatin dengan masalah rakyat..

    BalasPadam