Selasa, Februari 28, 2012

SABAH & SARAWAK DAPAT RM423 JUTA MENAIK TARAF JALAN PAN BORNEO SEPANJANG 2,230 KILOMETER

Jalan Pan Borneo dinaik taraf

image

SIPITANG 27 Feb. - Kerajaan memperuntukkan RM423 juta bagi menaik taraf Jalan Pan Borneo sepanjang 2,230 kilometer melibatkan laluan utama di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kerja menaik taraf jalan utama di Borneo itu dimulakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.

"Kerja akan dilakukan secara berperingkat di mana tahun ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi menaik taraf jalan melibatkan RM50 juta di Sabah dan RM50 juta di Sarawak.

"Kerja menaik taraf ini perlu kerana sebahagian besar daripada jalan ini dibina pada 1970-an," katanya selepas melakukan tinjauan projek naik taraf Jalan Kota Kinabalu-Sindumin di sini hari ini.

Shaziman Abu Mansor berbincang sesuatu dengan John Anthony (dua dari kanan) mengenai laluan yang menghubungkan Jalan Kota Kinabalu - Sindumin di Sipitang, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Ahmad Bujang; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Noor Yaakob; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Himmat Singh dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. John Anthony.

Tambah Shaziman, projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 itu melibatkan usaha menaik taraf laluan utama, membina laluan memotong, menukar pembetung dan membina laluan yang sering dilanda banjir.

Menurutnya, projek-projek laluan utama adalah

  • menaik taraf Jalan Miri ke Pandaruan bernilai RM100 juta,
  • pakej kedua jalan Miri-Pandaruan-Sungai Tujuh (RM42 juta),
  • Jalan Mengkalap-Sindumin (RM108 juta) dan
  • Sindumin-Kota Kinabalu (RM120 juta).

Dalam pada itu Shaziman memberitahu, kenderaan membawa lebih muatan dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jalan raya di negeri ini sering mengalami kerosakan.

Justeru, beliau akan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan bagi mempergiatkan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berkenaan.

Sementara itu katanya, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi membaik pulih Kilometer 120 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan yang terputus akibat tanah mendap.

Jelasnya, pada masa ini laluan sementara telah dibuka sebelum laluan kekal siap dibaiki dalam tempoh kira-kira dua bulan.

39 ulasan:

  1. Semoga peruntukan ini akan digunakan dengan terbaik untuk menaik taraf jalan raya di Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap jalanraya ini akan dapat di siapkan mengikut waktu yang di tetapkan.

      Padam
    2. Good luck and hope the project achieve 100% success and completed on time.

      Padam
    3. Good news for Sabahans and Sarawakians to have better roads by 2015.

      Padam
    4. ini pastinya disambut baik dan harap keadaan jalan di Sabah menjadi semakin baik.

      Padam
  2. Harap Sabah dan Sarwak akan mendapat jalan raya yang lebih elok selepas ini, tak sabar nak mendapat jalan raya baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalanraya di Sabah akan semakin baik dan semakin selamat untuk di gunakan.terim kasih kepada kerajaan.

      Padam
    2. Kualiti jalan harus tercapai untuk mengelakkan kerosakkan dalam jangka masa yang amat pendek.

      Padam
    3. Hopefully the upgrading project will go smoothly so that everything can be completed as planned.

      Padam
    4. peruntukan ini harus digunakan sebaiknya agar jalan-jalan di Sabah menjadi bertambah baik.

      Padam
  3. This is a good effort shown by the government to upgrade this vital logistic line that connects both Borneon States.

    BalasPadam
  4. hopefully this project will be completed without any delay as well as complications.

    BalasPadam
    Balasan
    1. We hope the best for any projects in Sabah for continuous improvement and development.

      Padam
  5. Apart from that, with the high fund being allocated, grade A materials as well as competent contractors can be utilize for this project.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Upon completion of this project, maintenance and monitoring work need to be conduct to ensure all section of the highway is in good condition.

      Padam
    2. Please make sure the contractors followed the standards set so that the quality of the roads are guaranteed.

      Padam
  6. Hopefully other roads in Sabah too will be upgraded as well.

    BalasPadam
  7. Tidak dapat dinafikan, sememangnya jalanraya di Sabah sangat2 memerlukan belanja yang besar bagi kerja2 menaiktaraf. Kontruktor yang akan mendapat projek itu nanti, diharap tidak mengambil kesempatan dan mengunakan bahan2 berkualiti agar tidak akan ada kerosakkan yang berlaku dalam masa yang singkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Struktur muka bumi Sabah mungkin menyukar tapi diharap dapat dinaik tarafkan jalan2 lain juga.

      Padam
  8. Harap peruntukan yang di beri dapat di guna dengan sebaiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap perlaksanaannya nanti akan dibuat dengan baik dan menjadikan kemudahan jalan di Sabah semakin baik.

      Padam
  9. Perkembangan projek harus dipantau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree to Khairul, the project should pay high attention to avoid discrepency.

      Padam
    2. pemantauan harus dibuat agar perlaksanaan projek itu nanti berjalan lancar.

      Padam
  10. Elekkan penyelewengan.

    BalasPadam
  11. Perkembangan infra yang wajar akan menarik lebih banyak pelabur asing.

    BalasPadam
  12. Semoga pelaksanaan projek ini mencapai kejayaan yang memuaskan.

    BalasPadam
  13. Semoga naik taraf ini memanfaatkan lebih banyak golongan awam yang berkemungkinan membaiki ekonomi tempatan.

    BalasPadam
  14. Kualiti jalan adalah penting dan harus mencapai target.

    BalasPadam
  15. Sabah will be well developed and improved this year.

    BalasPadam
  16. We beseech the government to implement this project.

    BalasPadam
  17. I hope the rural areas will not be neglected.

    BalasPadam
  18. Development of the project should be monitored while allocation should be given for the best use.

    BalasPadam
  19. Hopefully this will attract more foreigners, investors and possibly tourists from different nationalities.

    BalasPadam
  20. Semoga peruntukkan itu akan digunakan sepenuhnya untuk menaiktaraf jalan yang rosak.

    BalasPadam
  21. jalan raya di Sabah mmg perlukan byk penambaikan, semiga projek ini akan berjalan dgn lancar bagi meningkatkan mutu jalan raya di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  22. saya harap kontraktor yang dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan kerja2 mereka mengikut standard piawaian yang ditetapkan.. jangan hanya tahu mengaut keuntungan..

    BalasPadam
  23. saya amat bersetuju jika kementerian pengangkutan dapat meningkatkan penguatkuasaan bagi menyelesaikan masalah lori2 yang sering membawa muatan berlebihan di negeri ini..

    BalasPadam
  24. ini sesuatu yang baik..semoga semuanya berjalan lancar..

    BalasPadam