Selasa, Februari 28, 2012

KL DAPAT LOJI KUMBAHAN NAJIS BERNILAI RM983 JUTA

Loji kumbahan termoden RM983 juta

imageKUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya negara bakal menggunakan loji rawatan kumbahan termoden dari China yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat menerusi projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek yang menelan belanja RM983 juta itu kini sedang dibangunkan di tanah seluas 15 hektar berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata pembangunan loji itu adalah pelan terbaik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dalam melaksanakan transformasi negara dan pada masa sama terus menyediakan persekitaran selesa untuk penduduk.

Menurutnya, selain pembangunan taman rekreasi di atasnya, pembinaan loji bawah tanah berteknologi tinggi itu juga tidak lagi mengeluarkan bau di sekitarnya sebagaimana loji konvensional sebelum ini melalui teknik ‘geotube desludging’.

8 ulasan:

  1. Harap penggunaan logi rawatan kumbahan moden ini akan memanfaatkan rakyat dan juga mengurangkan pencemaran air.

    BalasPadam
  2. Semoga Sabah juga akan mendapat projek pembinaan logi rawatan kumbahan seperti ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. Sabah juga perlukan loji kumbahan seperti itu.

      Padam
  3. geotube desludging - a good method of disposing the waste.

    BalasPadam
  4. HOpefully this method of raw sewage waste management system will be implemented throughout Malaysia

    BalasPadam
  5. mungkin di masa akan datang negeri2 lain dapat loji kumbahan seperti ni terutama yang mempunyai kepesatan penduduk yang tinggi.

    BalasPadam
  6. Harap2 Sabah pun ada juga macam tu pada masa akan datang

    BalasPadam
  7. jika projek ini berjaya dilaksanakan di KL, jangan lupa bawa masuk teknologi ini ke Sabah dan Sarawak..

    BalasPadam