JPN BERI MYKAD KEPADA ORANG LAIN?
SAH....Surat pengesahan JPN memaklumkan data di dalam sistem adalah miliknya tetapi Rosilawati hairan bagaimana MyKadnya diserahkan kepada orang lain.
Oleh : MUTALIB M.D
SEORANG peniaga, Rosilawati Binti Senan, 48, terkejut setelah diberitahu oleh kaitangan Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu bahawa Mykad miliknya bernombor 640704125342 telah dimiliki orang lain yang kini menetap di Kepong, Selangor.
Rosilawati yang menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa beliau telah mengadu masalah ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, namun kesnya belum diselesaikan sejak tahun lalu.
Menurut Rosilawati, beliau hairan kerana Salinan Pendua Kad Pengenalan Biru di Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) adalah miliknya, namun MyKadnya diserahkan kepada orang lain.
“Semua data saya dalam Mykad ditukar tetapi masih menggunakan nama yang sama,”
kata Rosilawati yang terpaksa membuat laporan polis setelah menunggu terlalu lama sehingga perniagaannya terjejas.
Tegas Rosilawati, beliau terkesima dan bingung dengan kejadian tersebut dan tidak menyangka sama sekali bagaimana data peribadi termasuk cap jari, gambar boleh ditukar sewenang-wenangnya oleh sindiket tertentu di Jabatan Pendaftaran Negara.
Sehubungan itu, Rosilawati telah membuat laporan polis RPT/LDU/0070/12 di Balai Polis Lahad Datu pagi kelmarin yang mendesak agar PDRM dan JPN menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang melakukan jenayah berkenaan ke muka pengadilan.
Sebagai pemilih berdaftar dan penyokong kuat Barisan Nasional di parlimen Silam, Rosilawati terkilan kerana tidak dapat menunaikan tanggung jawabnya pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mempunyai MyKad.
“Saya pun tidak tahu mau buat apa dan takut untuk ke mana-mana kerana data dalam Sistem JPN telah ditukar kepada orang lain,” kata Rosilawati yang memohon penjelasan daripada Ketua Pengarah JPN berhubung sistem keselamatan di JPN yang mudah diceroboh tanpa dikesan.
Rosilawati turut merayu agar penama yang menggunakan MyKadnya segera mengembalikan secara sukarela kerana beliau amat memerlukan Mykad tersebut untuk meneruskan kehidupannya sebagai peniaga bagi menyara anak yang ramai.
“Tiada MyKad, maka tiada kehidupan. Harap JPN tidak membunuh saya sebelum kematian sebenar,” ujar Rosilawati yang kesal dengan kejadian yang menimpanya.
Dalam pada itu, Pengarah JPN Sabah, Ismail Ahmad ketika dihubungi berkata, kes Rosilawati telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan pihaknya masih menunggu hasil siasatan kerana kes terpencil seperti ini memerlukan masa yang agak lama. Bagaimanapun akan segera memaklumkan kepada penama jika mendapat maklum balas.
This is a very serious matter and the JPN should pay attention to this issue.
BalasPadamHope that JPN will send out their representatives to explain about this issue.
BalasPadamIni macam pun boleh jadi? Salah siapa?
BalasPadammasalah ini harus diselesaikan dengan segera agi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengadu.
BalasPadamJPN juga perlu memastikan pekara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
BalasPadamJPN perlu bagi penjelasan akan hal ini. hal ini pasti menjejaskan nama baik JPN.
BalasPadamsistem data JPn kena pastikan benar2 selamat, perkara seperti ini tak harus berulang lagi.
BalasPadamPenjelasan perlu mengenai perkara ini. Kenapa boleh mykad tersalah bagi kepada orang lain.
BalasPadamtidak mustahil juga jika pengadu ini menggunakan projek IC.. jadi kalau boleh siasatan itu bukan sahaja terhadap JPN, malah pengadu dan juga pihak yang disebutkan..
BalasPadammacam mana boleh terjadi perkara seperti ini?
BalasPadamdiragui kakitangan di dalam JPN tu.
BalasPadamPolis harus siasat kes ni. JPN perlu selesaikan masalah ni. supaya tidak berulang dan menjejaskan imej.
BalasPadam