Khamis, Januari 05, 2012

FREEZE ISSUANCE OF NEW MYKAD UNTIL RCI JOB IS DONE

Freeze Issuance Of New MyKad In Sabah, Says SAPP

image KOTA KINABALU, Jan 4 (Bernama) -- The Sabah Progressive Party (SAPP) has proposed that the issuance of new MyKad be frozen until a royal commission of inquiry (RCI) is set up and conduct a cleaning-up of ICs issued through Project IC.

SAPP information Chief Chong Pit Fah said the National Registration Department (NRD) should stop the exercise that started this year to change the present MyKad with a new version.

"After all, it is not like the old MyKad is not usable anymore. If the NRD proceeds with the renewal exercise, it will only give the opportunity to those presently holding the MyKad acquired through dubious means to be issued with a better one.

"This is like giving them double endorsement...it is back to square one," he said in a statement, here, Wednesday.

Chong said if the issuance of the Native Certificate in Sabah had been frozen since 1984 due to abuse and existence of a syndicate to give ineligible people native status, then there should be no reason why the issuance of the new MyKad in Sabah cannot be frozen until the establishment of the RCI to investigate the matter, including cleaning up the electoral roll.

The NRD had early this week started to receive applications from people to change their MyKad to a new version that has better security features.

------------

Bekukan Pengeluaran MyKad Baru Di Sabah, Kata SAPP

KOTA KINABALU, 4 Jan (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) mencadangkan pengeluaran MyKad baru dibekukan sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dan menjalankan pembersihan kad pengenalan diri (IC) yang telah dikeluarkan di bawah Projek IC.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus menghentikan pengeluaran MyKad berkenaan iaitu menukar MyKad sekarang dengan versi baru, bermula awal tahun ini.

"Lagipun ia bukan seperti MyKad lama, tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya JPN meneruskan usaha itu, ia hanya memberi peluang kepada mereka yang memiliki MyKad yang diperoleh melalui cara yang diragui, mendapat MyKad yang jauh lebih baik.

"Ini seperti memberi mereka sokongan dua kali ganda...ia kembali ke asal, tiada perbezaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.

Chong berkata jika pengeluaran Sijil Anak Negeri di Sabah telah dibekukan sejak 1984 berikutan penyalahgunaan dan wujud sindiket untuk memberi mereka yang tidak layak status anak negeri, jadi tiada alasan pengeluaran MyKad baru di Sabah tidak boleh dibekukan sehingga penubuhan RCI untuk menyiasat perkara itu termasuk membersihkan daftar pemilih.

JPN awal minggu ini telah mula menerima permohonan daripada orang ramai untuk menukar MyKad mereka ke versi yang baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

Dilaporkan JPN akan 'memproses semula' data dalam MyKad sekiranya pemohon hanya mahu menukar kepada versi baru tanpa menukar gambar pemohon di MyKad.

13 ulasan:

  1. MyKad issuance to those who does not deserves to obtain Malaysian citizenship should be stopped immediately.

    BalasPadam
  2. Illegal immigrants should be be given IC, hope that the JPN will pay attention to this.

    BalasPadam
  3. Diharap jangan ditambah masalah yang sudah sedia ada.

    BalasPadam
  4. apa pula kata JPN mengenai cadangan ini?

    BalasPadam
  5. harap masalah pendatang asing dan yang berkaitan yang berlaku di Sabah ini akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  6. JPN kena membuat keputusan yang terbaik.

    BalasPadam
  7. Penduduk Sabah semestinya menerima baik Mykad baru ini. Namun apa yang perlu sekarang ialah RCI untuk Sabah untuk menangani masalah PATI dan Projek IC.

    BalasPadam
  8. atau mungkin sapp boleh cadangkan supaya JPN menggunakan hari penukaran MyKad baru itu untuk mengesan para pemegang projek IC.. wajibkan saja semua rakyat Sabah menukar MyKad mereka dengan membawa bersama dokumen asal yang diperlukan sebagai pengesahan..

    BalasPadam
  9. jika JPN boleh selesaikan masalah projek IC, tidak perlu lagi RCI yang tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar ditubuhkan..

    BalasPadam
  10. Rasanya jika cadangan ini dipersetujui, pasti akan memakan masa lagi. apapun, kalau itu yang terbaik untuk menghapuskan PATI di Sabah, just go on.

    BalasPadam
  11. rasanya RCI masih diperlukan.

    BalasPadam
  12. Tapi kalau masih ada pihak yang suka menyeleweng dan tidak amanah pasti kecacatan dan kekurangan akan tetap ada. oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan.

    BalasPadam
  13. harap ini bukan salah 1 alasan untuk tidak meluluskan RCI.

    BalasPadam