8th Dec 2011 LAHAD DATU: Seorang pelancong Austarlia maut selepas diserang oleh gajah ketika mengambil gambar di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin kelmarin.
Jenna O’grady Donley, 26, (gambar) diserang oleh gajah, apabila terdengar bunyi dan juga flash (kerlipan) kamera dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu.
Saksi mendakwa wanita itu tidak dapat melarikan diri apabila tiba-tiba gajah itu menyerangnya manakala rakan wanita itu dan juga jurupandu tidak cedera dalam serangan di kawasan hidupan luar berkeluasan 122,539 hakter kira-kira 100km dari sini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri, Dr Laurentius Ambu berkata Jenna dengan jurupandu pergi ke bahagian lumpur dan ingin melihat hidupan liar itu ketika mereka dalam perjalanan balik ke resort.
Laurentius berkata kumpulan itu telah pergi ke sana untuk mengambil gambar gajah dan gajah yang menyerang itu dipercayai gajah liar.
“Gajah liar biasanya akan memencilkan diri dan perlakuannya juga sukar diramal dan ia amat bahaya,” katanya sambil menambah mereka sepatutnya mengambilnya dari jarak jauh terhadap gajah itu atau mana-mana hidupan liar.
Beliau difahamkan wanita itu telah berhenti kira-kira 10 meter dari haiwan itu dan mula mengetik kamera untuk mengambil gambar.
“Ini mungkin menimbulkan kemarahan gajah ini dan tiba-tiba ia menyerang mereka,” katanya sambil menambah yang lain tidak cedera tetapi wanita itu tidak dapat melarikan diri kerana jaraknya dekat dengan haiwan itu,” kata Laurentius.
Beliau berkata polis sedang menyiasat kejadian ini dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Lahad Datu untuk bedah siasat.
Mangsa adalah seorang veterinar dari Sydney.
---------------
Kerajaan Sabah Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Gajah
"Ini satu kejadian malang yang mengorbankan nyawa seorang wanita muda. Bagi pihak kerajaan Sabah, saya mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga Jenna Donley,"
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun
Takziah kepada keluarga mangsa Jenna Donley.
BalasPadamKita tidak sepatutnya cuba mendekati haiwan liar, harap ini akan dijadikan satu amaran.
BalasPadammalang tidak berbau, kejadian seperti ini boleh berlaku bila2 masa sahaja tanpa dijangka, takziah diucapkan kepada saudara mara mangsa.
BalasPadamkejadian ini harus dijadikan pengajaran agar kita lebih berhati-hati terhadap haiwan liar.
BalasPadamhaiwan liar memang berbahaya untuk didekati dan boleh menyerang manusia.
BalasPadamselepas ini perlu ada papan tanda atau sebarang bentuk peringatan supaya setiap pengunjung atau pelancong tidak berada terlalu dekat dengan haiwan liar ini.. takziah kepada keluar mangsa..
BalasPadamTakziah.
BalasPadamCondolence to the family.
BalasPadamPerhatian dan peringatan kepada mereka yang lain. Ambil gambar perlulah dari jarak yang jauh dari binatang. Kerana kita tidak boleh menjangka sesuatu perkara itu berlaku.
BalasPadamTakziah kepada keluarga mangsa dengan atas apa yang terjadi.
BalasPadamrisiko tanggung sendiri. pelancong tu sepatutnya lebih berhati2 sebab binatang ni lain. memang sukar dijangka tingkah lakunya.
BalasPadammakin ramai pelancong asing yang terkorban di Sabah.
BalasPadam