Gadis mengamuk apabila dihalang temui teman lelaki untuk menaiki pesawat
8th Dec 2011 : LABUAN: Seorang gadis tempatan mengamuk dan cuba mencederakan dirinya di Lapangan Terbang Labuan apabila hasratnya mahu menaiki pesawat ke Kuala Lumpur untuk menemui teman lelakinya dihalang oleh ibunya.
Gadis berusia 19 tahun berasal dari Kampung Ganggarak naik berang dan mengamuk apabila dihalang oleh keluarganya ketika cuba melepasi balai berlepas sehingga ibunya memaksa meminta bantuan Polis Lapangan Terbang.
Bagaimanapun ketika dibawa ke balai polis Lapangan Terbang untuk disoal siasat, gadis keturunan Kadazan Dusun itu bertindak agresif dengan mencederakan dirinya dengan sebilah gunting yang diambilnya dari atas meja di balai polis berkenaan.
“Seorang anggota polis yang cuba menghalang gadis itu daripada mencederakan dirinya, tercedera di bahagian perut akibat terkena gunting dan mangsa juga turut bertindak dengan menggigit bahu anggota polis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada media di sini, pagi kelmarin.
Lee berkata, siasatan awal polis mendapati, gadis berkenaan sememangnya mempunyai masalah dengan ahli keluarganya sehingga tergamak melarikan diri untuk menemui teman lelakinya yang berada di Semenanjung Malaysia.
Ibunya yang takut anak gadisnya akan di jadikan ‘keldai dadah’ jika dibiarkan dengan teman lelakinya di Kuala Lumpur memohon bantuan pihak polis Lapangan Terbang untuk menghalang daripada terus menaiki pesawat.
Katanya, gadis berkenaan ditahan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500 dan jika gagal membayar denda boleh dipenjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
-------------------------------------
Masyarakat usah tunjuk simpati berlebihan
“Kami dapati mereka (wanita) berusia 20 hingga 30-an ini terjebak menjadi keldai dadah kerana ingin mendapatkan wang atau kemewahan secara mudah dan cepat. Kebanyakan mereka juga sebenarnya tahu apa yang mereka bawa.
“Jangan beri simpati secara berlebihan kepada mereka, kerana kita khuatir keldai dadah ini mengambil kesempatan dan mengaku mereka ditipu untuk meraih bantuan. Perkembangan ini sekali gus membuatkan ramai lagi individu berani terbabit dalam kegiatan ini,”
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim
Janganlah keras kepala, ibu-bapa cuma hendakkan apa yang terbaik untuk mereka. Jika dijadikan keldai dadah, ibu-bapa juga yang paling susah hati.
BalasPadamgadis ni tak ada fikiran, kerana nak jmpa kekasih, dia sanggup bertindak luar batasan. dia tak fikirkan perasaan ibu bapanya.
BalasPadamGadis ini masih mentah, tidak tahu kebahayaan tindakannya. Sudah banyak kes di mana gadis ditipu oleh kenalan. Pandai-pandailah menilai.
BalasPadamtindakan gadis tersebut merugikan dirinya sendiri dan menyusahkan orang lain.
BalasPadamlebih baik keluarga gadis itu membiarkan sahaja anak mereka berada di dalam penjara.. dengan cara ini mereka tidak perlu lagi risau tentang anak mereka yang sentiasa mencari peluang untuk melarikan diri.
BalasPadamsetiap ibu bapa akan cuba buat yang terbaik untuk anak2. Jadi, anak2 pun kena dengar dan jangan membelankangi ibu bapa.
BalasPadamnampak sangat gaya kebudak-budakan. memang ramai sangat budak remaja sekarang terpengaruh dengan rakan sebaya dan boyfriend malah ada yang sanggup lari hidup susah dengan kekasih ke Indon.
BalasPadamKeldai dadah.. Mungkin benar apa yang dikatakan.. Mereka buat-buat tidak tahu sedangkan sudah banyak berita disebarkan diakhbar-akhbar mengenai keldai dadah. tapi masih banyak kes berlaku? Jadi adakah mereka ini berpura-pura tidak tahu bila diberkas?
BalasPadamPSYCHOPATH.
BalasPadamsebelum lakukan sesuatu fikir dulu secara rasional dan waras. jangan sampai nasi menjadi bubur baru tersedar.
BalasPadam