Jumaat, Disember 09, 2011

KONTRAK LINGUAPHONE DENGAN PELAJAR IPTA BATAL DISEBABKAN WUJUD UNSUR MEMANCING – TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA

Kontrak Linguaphone batal

 Dua  penuntut UTM menunjukkan bukti pembelian produk  syarikat Linguaphone Distributors Sdn Bhd selepas prosiding di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.Dua penuntut UTM menunjukkan bukti pembelian produk syarikat Linguaphone Distributors Sdn Bhd selepas prosiding di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

TTPM dapati unsur pujuk dorong empat pelajar beli produk

JOHOR BAHRU 2011/12/09: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam membatalkan kontrak antara empat penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, dengan sebuah syarikat pembelajaran bahasa Inggeris berikutan wujud unsur memancing (memujuk) dalam proses jual beli produk syarikat berkenaan.

Penuntut tahun pertama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Amirah Amdul Rahman, 19, berkata beliau dan tiga lagi rakannya, Ainun Nadzirah Abdul Azis, 20, Asmaq Abdul Karim, 21, dan Aishah Samsudin, 19, membeli produk daripada Linguaphone Distributors Sdn Bhd pada 29 September lalu.

“Ketika keluar dari perpustakaan, kami didatangi wakil syarikat itu dan diberi penerangan mengenai produk berkenaan yang dijual pada harga RM2,389 serta dikata boleh meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris.

“Wakil syarikat berkenaan juga mengatakan kami tidak perlu memikirkan bayaran sebanyak RM110 selama 19 bulan, cuma perlu membayar deposit sebanyak RM299.

“Tanpa berfikir panjang, kami menandatangani surat perjanjian untuk membelinya kerana percaya ia dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kami,” katanya ketika prosiding, semalam.

Amirah berkata, beliau dan rakannya kemudian mencari maklumat berhubung produk terbabit di laman sesawang dan mendapati banyak rungutan daripada orang ramai mengenai produk berkenaan.

“Kemudian, kami cuba menghubungi syarikat terbabit bagi meminta penjelasan mengenai produk itu tetapi mereka tidak memberi layanan memuaskan.

“Mereka menggunakan bahasa kasar dan hanya menghubungi kami untuk meminta bayaran bulanan tanpa memberi sebarang penjelasan mengenai keberkesanan produk mereka,” katanya.

Amirah berkata, beliau dan rakannya kemudian mengambil keputusan untuk memfailkan perkara itu kepada TTPM bagi menuntut semula wang deposit.

Ketika prosiding berlangsung semalam, Linguaphone Distributors Sdn Bhd menghantar seorang wakil bagi mengenepikan tuntutan pihak penuntut dengan alasan mereka sudah menandatangani perjanjian pembelian.

Bagaimanapun Presiden TTPM, Siti Naaishah Hambali, mendapati wujud unsur memancing (memujuk) sehingga menyebabkan pihak penuntut membeli barangan berkenaan.

“Disebabkan wujud unsur memancing (memujuk), TTPM membatalkan kontrak (perjanjian) antara kedua-dua pihak dan penuntut diminta memulangkan semula produk kepada Linguaphone Distributors Sdn Bhd dalam masa 14 hari,” katanya.

30 ulasan:

  1. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati sebelum menandatangani apa jua pembelian seperti ini.

    BalasPadam
  2. Buatlah penyelidikan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

    BalasPadam
  3. kita perlu berhati2 sebelum membeli sesuatu produk, dan nasib baik penuntut IPTA tersebut tahu akan hak2 mereka.

    BalasPadam
  4. Banyakkan membaca, tengok kamus, berlatih bertutur dalam English.

    BalasPadam
  5. sentiasa berhati-hati..jangan cepat terpengaruh dengan kata-kata jurujual.

    BalasPadam
  6. berfikir dan telitilah sesuatu produk sebelum membelinya.

    BalasPadam
  7. Jadi berfikir sebelum membelinya.

    BalasPadam
  8. jika perkara ini tersebar.. baik Linguaphone Distributors Sdn Bhd gulung tikar awal2..

    BalasPadam
  9. saya juga mempunyai beberapa orang kawan yang telah membeli produk ini dan mereka sendiri tidak berpuas hati dengan produk serta perkhidmatan syarikat ini..

    BalasPadam
  10. lebih baik ambil kelas bahasa Inggeris saja daripada beli produk yang belum tentu memberi hasil yang baik.

    BalasPadam
  11. mereka yang jual produk begini hanya mengambil keuntungan saja.

    BalasPadam
  12. Selamatlah mereka dengan pembatalan itu. kalau tidak daapt dibatalkan pasti ini akan membebankan mereka.

    BalasPadam
  13. Dunia sekarang macam2 ada. Kita kena lebih berhati2!

    BalasPadam
  14. Inilah strategi pasaran sekarang. Maka sebelum membeli berfikirlah terlebih dahulu.

    BalasPadam
  15. nasib baik aku baca sume2 komen nie..pasni aku nak kaji dulu sblm beli.sbb aku ada gak rasa nak beli.tp..nape kwn aku yg beli rilek je xde masalah..mngkin ats individu kot kn

    BalasPadam
  16. Saya terjebak dah ni,cam ner nk tuntut balik yer???cz LINGUAPHONE nk masukkan nama dlm ctos if xsetelkan bil dgn dorang

    BalasPadam
  17. Bulan lepas anak saya yang belajar di Polisas telah dipujuk oleh agen linguaphonel Mereka ada buat promote dan meminta untuk mengisi borang terlebih dahulu serta menandatangani sebelum apa-apa penerangan dibuat. Namun setelah penerangan dibuat anak saya telah dipaksa untuk membeli produk mereka dan membayar RM299.00 . Pada masa tu memanglah budak ni x de duit untuk bayar. PTPTN pun tak dapat lagi. Agen ni telah mengugut anak saya dengan rakannya supaya membayar amaun tersebut serta mengambil kad ATM rakannya. Kebetulan rakan anak saya tu adalah duit simpanannya dan anak saya dipaksa untuk berhutang dengan rakannya itu dengan mencajkan RM598.00 dan memberitahu supaya menjelaskan bakinya selepas ini.

    Perkara ini telah saya majukan kepada pihak pengurusan POLISAS dan telah menghubungi pejabat linguapohone di Kuala Lumpur, alasanya pegawai yang menguruskannya telah outstation kat Perlis. Saya berhasrat untuk membuat laporan polis di atas apa yang berlaku...

    BalasPadam
  18. aku mmg dah banned awal2 geng linguaphone nih..nmpak dorg tahan je wat dunno..ayat manis masa nak pujuk..puiihhh...

    BalasPadam
  19. apa yang perlu dilakukan?buntu ooo....

    BalasPadam
  20. Mcm mne ni?aku punya dah bnyk berhutang dah ni...dah smpai 3k,surat merah dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam..saya pun sama..mcm mana ek..dh smpai surat saman ni.nk kena p mahkamah ke plak pasni.

      Padam
    2. tu lah..dah xtahu nak buat macam mana..ada sapa2 boleh tolong??? duit makan pon xlepas ni nak kena bayar sampai 3k

      Padam
  21. cam ni la jdiknye lau hukum hudud x dilaksanakan di negara ni..

    BalasPadam
  22. Sy lg la bli masa tahun 2004..thn 2012 bla sy nk bli kereta xlpas dgn bank sbb ada blacklist sdgkan sy blm buat ape2 loan sblm tu.br su tringat sblm ni ada bnda ni..mmg btol2 dia g htr nm utk blacklist kr bnk negara.then pd tahun 2014 sy pegi ke pjbt linguaphone utk semak nama sy.terkejut bla cek nm tunggakan sehigga mencecah rm8k.sdgkan harga brg tersebut pd waktu tu hnya rm2k.tp sy dh byr sikit.sy tlh adu kan hal ini ke TTPM dan sy hadir utk kes tersebut.ap yg terjadi peguam yg dilantik oleg pihak linguaphone beejumpa dgn sy dan tanya awk ada ape2 nk ckp sblm msk mahkamah.sy hnya diam.bla perbicaraan ternyata pihak dia yg menang so sy terpaksa membayar blk samada cash atau ansuran bulanan spt yg ditetapkan.so ternyata di sini TTPM pn xblh nk bt ape2 jika kes ini terlalu lama sehingga bertahun2..moral of the story klu rs xnk blacklist kt bnk negara bayar je kt linguaphone atau klu msh dlm tempoh setahun pembelian repot je kt TTPM.sudahnya sy menyampah tgk promoter2 linguaphone.cr la keje lain yg blh beri manfaat pd org lain dr dpt sumpah seranah manusia

    BalasPadam
  23. jgn bayar buat tak tau jee...jgn pergi makamah

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tp x boleh berhutang dh la, pkai nama bini je la

      Padam
    2. boleh, tp x boleh berhutang dh la, pkai nama bini je la

      Padam