Jumaat, November 25, 2011

TOLAK PENDAFTARAN AUTOMATIK SELAGI ‘PROJEK IC’ TIDAK DISELESAIKAN & PERUNTUKAN KERUSI DIBAHAGIKAN SECARA LEBIH ADIL KEPADA SABAH & SARAWAK

Upko tolak pendaftaran pengundi secara automatik

Nov 25, 2011 : Sementara parti pembangkang di Semenanjung menyokong proses pendaftaran pengundi secara automatik, tetapi sebuah parti komponen BN di Sabah - Upko - pula tidak bersetuju kerana keadaan yang unik di negeri itu.

image Setiausaha agungnya, Wilfred Madius Tangau (kiri) berkata, ia kerana terdapatnya rakyat asing memegang kad pengenalan secara haram ekoran kempen kontroversi 'Projek IC' kontroversi pada tahun 1990-an.

"Kami tidak yakin tentang pendaftaran pengundi secara automatik kerana selagi Projek IC tidak diselesaikan, maka pendatang tanpa izin yang memiliki kad pengenalan, boleh mendaftar sebagai pengundi.

"Jika ia boleh dibersihkan (pangkalan data JPN), maka kita akan bersetuju,"

katanya semasa pendengaran jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya, di Kota Kinabalu hari ini.

Upko adalah salah sebuah daripada dua parti komponen BN di Sabah yang menghadiri sesi pendengaran PSC. Sebuah lagi ialah Parti Demokratik Liberal (LDP).

Peruntukan kerusi tidak adil

Wilfred juga menimbulkan persoalan peruntukan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang menurutnya tidak mematuhi perjanjian semasa pembentukan Malaysia.

"Apabila Malaysia mula-mula ditubuhkan, Malaya mempunyai 104 kerusi Parlimen manakala Sabah mempunyai 16, Sarawak ada 24 manakala Singapura mempunyai 15. Jika kita analisa peratusan kerusi di luar Semenanjung Malaysia, maka ia adalah 34 peratus."

Ini, katanya, adalah mengikut peruntukan undang-undang untuk mencegah Semenanjung Malaysia dari mengawal lebih daripada dua pertiga majoriti di Parlimen dan menjadikan Sabah dan Sarawak tertakluk kepada belas Semenanjung Malaysia.

"Tetapi semasa pilihan raya umum 1974, kerusi di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 154 tetapi tidak ada perubahan di Sabah dan Sarawak.

"Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bilangan kerusi, ia telah gagal untuk mengambil kira sejarah dan peruntukan perjanjian Malaysia dan tuntutan  dalam Suruhanjaya Cobbold," katanya.

Pada masa ini, terdapat 222 kerusi di Parlimen, di mana 25 daripadanya adalah di Sabah manakala sebanyak 31 lagi di Sarawak.

---------

image

16 ulasan:

  1. Setuju, peruntukan kerusi perlulah diagihkan dengan adil kepada Sabah dan Sarawak. Negeri kita juga berhak mendapatkan kerusi yang sama rata dengan Semenanjung.

    BalasPadam
  2. Suruhanjaya Cobbold ini perlulah diambil dalam pertimbangkan bila pembahagian kerusi kepada Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  3. ya.. kena pastikan masalah PATI selesai terlebih dahulu sebelum lakukan pendaftaran secara automatik

    BalasPadam
  4. jika ia tak diselesaikan, dirisaukan PATI pula akan didaftar sebagai pengundi. kita harus kita elekkan.

    BalasPadam
  5. semoga pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

    BalasPadam
  6. saya setuju dengan pendirian pemimpin2 upko walaupun dalam masa yang sama saya juga menyokong kepada pelaksanaan pendaftaran secara automatik. biarlah pendaftaran automatik itu dilaksanakan setelah projek IC diselesaikan secara menyeluruh..

    BalasPadam
  7. mungkin JPN perlu menggunakan proses penukaran MyKad tahun depan bagi mengesan pemilik2 Projek IC ini sekaligus membatalkan IC mereka..

    BalasPadam
  8. Jangan bagi ruang untuk PATI dapat ic secara lebih mudah.

    BalasPadam
  9. Walaupun masa sudah berlalu, perjanjian lalu jangan dilupakan.

    BalasPadam
  10. patut beri lebih kerusi kepada parti politik tempatan Sabah bukan parti politik dari luar.

    BalasPadam
  11. harus pertimbangkan pendaftaran pengundi secara automatik. keadaan di Sabah sangat berbeza dengan negeri2 lain kerana bilangan warga asing yang sangat ramai.

    BalasPadam
  12. harap2lah SSD ni dapat ditubuhkan dalam masa yang terdekat. bila lagi untuk selesaikan isu PATI? pemimpin2 Sabah perlu bersatu hati. 'selagi ada kemahuan di situ ada jalan'. cuba apa saja kaedah yang tercetus dari pemikiran pemimpin2.

    BalasPadam
  13. Itu memang benar..Rasanya Sabah belum layak lagi untuk pendaftaran secara otomitik..

    BalasPadam
  14. Pastikan masalah utama di Sabah dapat diselesaikan barulah kerajaan Persekutuan meluluskan pendaftaran secara automatic.

    BalasPadam
  15. Hope that the allocations will be distributed evenly and fairly.

    BalasPadam
  16. The government needs to make sure no area is neglected from developments.

    BalasPadam