MANILA 25 Nov 2011: Mahkamah Agung Filipina mengarahkan ladang tebu milik saudara Presiden Benigno Aquino diagihkan kepada ribuan petani di bawah program reformasi tanah kerajaan, semalam.
Menurut hakim, ladang Hacienda Luisita seluas 4,500 hektar di utara wilayah Tarlac itu perlu diserahkan kepada 6,296 pekerja tanah pertanian berkenaan.
Keputusan itu diumumkan semalam, sekali gus mengubah ketetapan mahkamah pada Julai lalu yang memberi pilihan kepada pekerja ladang terbabit sama ada mahu memiliki tanah atau menerima saham syarikat berkenaan.
Mahkamah Agung itu juga mengarahkan Hacienda Luisita Inc - kebanyakannya dimiliki bapa saudara, ibu saudara dan saudara-mara Aquino - membayar sehingga RM95.6 juta kepada pekerja mereka hasil jualan tanah ladang berkenaan sebelum ini.
Tanah berkenaan kini dibangunkan dengan kediaman serta lebuh raya.
Sebelum ini, kumpulan petani berhaluan kiri mendakwa, skim pilihan saham ditawarkan pengurusan ladang berkenaan bercanggah dengan program reformasi tanah kerajaan.
Selama ini pelan itu sering tergendala akibat bantahan keras pemilik tanah berpengaruh serta kekangan dana kerajaan untuk membeli tanah berkenaan sebelum diserah kepada petani.
Ladang Hacienda Luisita yang mula dibuka sejak beberapa dekad itu memang menjadi simbol kekuatan ekonomi keluarga Aquino.
Keputusan mereka untuk menyerahkan tanah kepada petani miskin menjadi ujian penting terhadap kesungguhan presiden menyelesaikan masalah kemelaratan yang selama ini dikaitkan dengan keterbatasan tanah di luar bandar Filipina.
Sementara itu, jurucakap presiden, Edwin Lacierda, berkata Aquino menjual pegangan sahamnya dalam ladang itu sebulan selepas menang besar dalam pilihan raya tahun lalu dengan janji membanteras amalan rasuah di Filipina.
“Justeru, tiada sebarang alasan untuk presiden campur tangan dalam keputusan mahkamah itu,” katanya.
Harap kerajaan Filipina akan membuat keputusan yang terbaik dalam perkara ini.
BalasPadamKerajaan kita juga perlulah mengambil tindakan yang terbaik untuk menangani masalah tanah di Sabah.
BalasPadambukan hnya Filipina, di Sabah juga wujud masalah tanah yang perlu diselesaikan.
BalasPadamharap kerajaan Filipina akan melakukan apa yang terbaik untuk rakyat mereka.
BalasPadampenduduk Sabah juga perlu menggunakan saluran mahkamah bagi mendapatkan semula hak mereka terutamanya berkaitan dengan rampasan tanah oleh syarikat2 besar..
BalasPadamDiharap nasib dan kebajikan penduduk jati Sabah sentiasa dibela dan tidak ditindas oleh pihak yang rakus.
BalasPadamKalau masalah tanah di Sabah tidak dapat diselesaikan, bolehkah ia dibawa ke mahkamah dunia?
BalasPadamsebenarnya, seluruh dunia menghadapi masalah berkenaan dengan isu tanah. kepentingan rakyat seperti ini perlu sentiasa diberi perhatian utama agar tidak berlaku kekecohan seperti demo atau tunjuk perasaan yang tidak mustahil mencetuskan peperangan.
BalasPadammungkin tidak mustahil juga masalah tanah di Sabah akan dibawa ke pengadilan antarabangsa jika isu tanah ini tiada tindakan penyelesaian efektif.
BalasPadamBerikanlah keputusan yang muktamad kepada petani..
BalasPadamMaka selesaikan sebaiknya masalah ini. Jangan sampai membabitkan kes ini ke mata dunia.
BalasPadam