Khamis, November 24, 2011

PENUBUHAN DANA YAYASAN PENDIDIKAN SABAH AMAT RELEVEN UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK SABAH MEMANDANGKAN KOS DAN PELUANG MENDAPAT PEMBIAYAAN DIJANGKA SEMAKIN SUKAR & SENGIT

Samsudin cadang Petronas tubuhkan dana untuk Yayasan Pendidikan Sabah

KOTA KINABALU 24th Nov 2011: Petronas dicadang supaya menubuhkan sebuah dana untuk Yayasan Pendidikan di Sabah bagi membiayai pendidikan anak-anak Sabah yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, ini amat penting bagi memastikan nikmat pembangunan dapat dirasai oleh semua rakyat.

“Dengan adanya dana untuk Yayasan Pendidikan Sabah itu, syarikat-syarikat besar seperti Petronas dapat menyumbang kembali keuntungan dalam bentuk pelaburan pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Negeri 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Samsuddin berkata, komitmen dan keprihatinan kerajaan membina, membangunkan dan memperkasa modal insan tidak boleh dinafikan.

“Selain peruntukan besar dalam, Bajet Negeri 2012, kerajaan negeri juga menyediakan biasiswa, pinjaman dan pelbagai kemudahan selaras dengan usaha melahirkan modal insan yang unggul, berkualiti dan cemerlang,” katanya.

Menurutnya, Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Haji Aman) telah merealisasikan pembinaan sebuah Hub Pendidikan untuk menyediakan modal insan dan tenaga kerja yang berilmu, berkemahiran dan profesional.

Katanya, ekonomi negeri dalam sektor industri minyak dan gas juga berkembang dengan pesat yang tentunya memerlukan ramai tenaga kerja.

Sementara itu, Samsudin berkata, peruntukan RM10.98 juta untuk pembangunan wanita dan industri kekeluargaan dalam Bajet Negeri 2012 jelas bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) amat prihatin dan penyayang kepada golongan wanita di negeri ini.

“Ia juga bukti jelas bahawa kerajaan sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan dan sumbangan besar golongan wanita bukan sahaja kepada institusi keluarga dan masyarakat malahan dalam konteks pembangunan, pentadbiran, politik, ekonomi dan keushawanan, aspek pembuat keputusan serta kesejahteraan rakyat dan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Kamarlin Ombi pula meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Beaufort mengambil alih tugas penyelenggaraan beberapa jalan kampung di kawasan DUN Lumadan yang sering dilanda banjir akibat limpahan Sungai Padas.

Menurutnya, ini supaya kerja pembaikan jalan raya yang rosak akibat banjir itu boleh dilakukan dengan segera.

“Saya berpendapat setelah diambil alih oleh JKR mereka boleh memohon peruntukan menimbus jalan raya berkenaan supaya kedudukannya lebih tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melaluinya ketika banjir,” katanya.

Kamarlin berkata, antara jalan raya berkenaan ialah jalan masuk ke Kampung Lago, Suasa, Kukub, Jabang, Bangkalalak dan Berumbai di mana jalan-jalan berkenaan mudah ditenggelami air kerana kedudukannya yang terletak di kawasan rendah.

Beliau berkata, pendudukan kampung di kawasan itu menghadapi kesukaran untuk keluar ke pekan Beaufort disebabkan terputusnya jalan perhubungan yang mengambil masa hingga berminggu-minggu lamanya dan pada masa yang sama para pelajar juga tidak dapat ke sekolah dengan masa yang lama.

Dalam pada itu, beliau turut meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai status pembinaan Kolej Islam di daerah Beaufort yang sehingga hari ini tiada tanda-tanda bangunan tersebut dibina.

--------

SABAH CHIPPED IN ABOUT 26.9% OF MALAYSIA OVERALL CRUDE OIL OUTPUT, TOTALED MORE THAN 637,000 DRUMS DAILY – MUSA

--------------

image Zaman Sabah masih kaya dulu

14 ulasan:

  1. Harap pelajar tempatan akan diberikan keutamaan dalam pemberian pinjaman ataupun biasiswa.

    BalasPadam
  2. Pendidikan adalah penentu masa depan anak-anak kita.

    BalasPadam
  3. penubuhan dana tersbut amat baik dalam membantu anak2 Sabah dalam pendidikan.

    BalasPadam
  4. pendidikan amat penting, masyarakat berpendidikan akan menjadikan negara kita maju dan harmoni.

    BalasPadam
  5. Pendidikan adalah tunjang untuk kejayaan, semoga dengan adanya usaha ini akan melahirkan individu yang dapat bersaing dan menuntut kejayaan.

    BalasPadam
  6. Semua pihak harus bekerjasama untuk menggunakan dana ini sebaiknya.

    BalasPadam
  7. cadangan agar Petronas menubuhkan sebuah dana untuk Yayasan Pendidikan di Sabah amat baik dan harap ianya dapat dilakukan.

    BalasPadam
  8. jika cadangan ini menjadi kenyataan, maka ianya dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan tapi berpotensi untuk berjaya.

    BalasPadam
  9. sumbangan Petronas kepada negeri ini patut setimpal dengan sumbangan Sabah kepada Petronas..

    BalasPadam
  10. saya harap cadangan itu diterima baik oleh pihak Petronas..

    BalasPadam
  11. Kena pastikan dana itu disalurkan kepada mereka yang benar2 layak saja.

    BalasPadam
  12. Setuju dengan villager. Kalau mereka tidak naikkan royalti minyak, bantulah Sabah dalam bentuk lain pula.

    BalasPadam
  13. Petronas memang perlu jalankan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat Sabah. kalau bukan sekarang, bila lagi? lagipun, Sabah sudah sumbangkan banyak pendapatan dari minyak dan gas kepada Petronas.

    BalasPadam
  14. Harap Petronas akan terus mencuba untuk membantu penduduk Sabah.

    BalasPadam