Selasa, November 01, 2011

KADAR KEMISKINAN TERUS MENINGKAT

Kemiskinan terus meningkat

image KUCHING: Kadar kemiskinan dijangka terus meningkat, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, perkara tersebut adalah ekoran daripada keadaan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

 “Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatat kadar kemiskinan imagetertinggi dan dijangkakan kadar kemiskinan pada tahun ini (2011) akan terus meningkat berikutan keadaan ekonomi global yang sudah berubah dan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti harga makanan dan sebagainya,” katanya.

Justeru beliau yang bercakap kepada pemberita juga menjangkakan bilangan pemohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Menyedari hakikat tersebut, beliau memberitahu JKM akan memperkukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi JKM untuk memastikan masyarakat yang memerlukan bantuan tidak akan dipinggirkan.

“JKM menjangkakan bilangan pemohon bantuan seperti melalui e-Kasih ini akan meningkat dan disebabkan itu kita amat berharap sokongan yang padu daripada rakan-rakan kongsi kita agar pelbagai bentuk bantuan daripada semua aspek kehidupan dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Terdahulunya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat telah merasmikan Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Rakan Kongsi Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini semalam.

Dalam masa sama, Fatimah turut memberitahu kekangan yang dihadapi oleh JKM seperti kekurangan kakitangan juga memberi kesan terhadap penyampaian perkhidmatan JKM.

“Sebagai contoh ialah di kawasan Dalat, hanya ada dua sahaja pegawai JKM ditempatkan dan jika seorang cuti, seorang sahaja yang terpaksa mengurus satu kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang ramai,” katanya sambil menambah JKM mempunyai 548 kakitangan iaitu 236 lantikan negeri dan 312 lantikan persekutuan.

Pada majlis yang sama, Fatimah juga telah mengadakan upacara tepung tawar lima kenderaan pacuan empat roda (Toyota Hilux) yang telah diagihkan kepada JKM oleh kerajaan persekutuan.

“Kenderaan ini akan memudahkan kakitangan untuk mencari dan mengenal pasti kumpulan sasar seperti kaum Penan di kawasan pedalaman serta penduduk terpencil Sarawak,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Pengarah JKM Noriah Ahmad.

------

Sarawak Sambut Baik Pemberian Kuasa Kepada Pengarah Pelajaran Negeri

KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Sarawak menyambut baik langkah Kementerian Pelajaran memberikan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak dan Sabah dalam mengurus pemberian kontrak projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri tersebut.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata beliau sendiri telah terbabit dalam mesyuarat bersama Kementerian Pelajaran bersama menteri yang berkenaan dari Sabah agar kuasa diberikan kepada pengarah negeri dalam menentukan projek mana yang perlu diberikan keutamaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kuasa pengarah pelajaran negeri untuk memberikan kontrak projek pembangunan pendidikan di Penampang, Sabah, semalam.

Fatimah berkata dengan adanya kuasa yang diberikan kepada pengarah pelajaran negeri itu maka lebih mudah untuk melaksanakan projek pembangunan pendidikan mengikut senarai keutamaan dan keperluan semasa.

Katanya untuk memastikan pembahagian projek dibuat dengan betul satu jawatankuasa khas di peringkat negeri juga perlu dibentuk dalam memastikan kontraktor mana yang layak untuk mendapat projek yang telah disenaraikan.

17 ulasan:

  1. Sama2 kita usahakan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

    BalasPadam
  2. Semua pihak harus berkerjasama!

    BalasPadam
  3. Masalah kenaikan kemiskinan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, tapi ia terletak dalam tangan rakyat juga. Usaha bersama diperlukan jika hendak menurunkan kadar kemiskinan dalam negara.

    BalasPadam
  4. Sekiranya kerajaan memberi bantuan kepada rakyat, ia tidak berguna jika rakyat sendiri tidak sanggup berusaha.

    BalasPadam
  5. program untuk membasmi kemiskinan perlu sentiasa diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan..

    BalasPadam
  6. semoga pembasmian kemiskinan akan memberikan hasil yang positif melalui program-program yang dilakukan oleh kerajaan.

    BalasPadam
  7. Kalau kekurangan pegawai JKM, kenapa tidak ambil lagi pekerja? Ini pun peluang pekerjaan juga. Apabila banyak tenaga kerja, urusan untuk penyampaian perkhidmatan JKM dapat berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  8. Rakyat dan kerajaan kena bekerjasam untuk membasmi masalah kemiskinan ini.

    BalasPadam
  9. usaha membasmi kemiskinan telah giat diusahakan, pelbagai bantuan dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

    BalasPadam
  10. penduduk miskin juga kena berusaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

    BalasPadam
  11. banyak program pembasmian kemiskinan tapi makin meningkat pula kadar kemiskinan. kerajaan kena tangani masalah ekonomi negara yang berpunca dari keadaan ekonomi global.

    BalasPadam
  12. dengan wujudnya pelbagai program bantuan kerajaan samada dalam bentuk wang atau projek agropolitan dan sebagainya, pasti jumlah kemiskinan di negara ini dapat dikurangkan..

    BalasPadam
  13. usaha membasmi kemiskinan memerlukan masa yang lama dan rakyat sendiri perlu berusaha lebih tanpa perlu bergantung dengan bantuan kerajaan selama2nya.

    BalasPadam
  14. kena cari punca utama kenapa Kelantan, Sabah dan Sarawak menjadi negeri2 yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi.

    BalasPadam
  15. Harap kadar kemiskinan akan berkurangan.

    BalasPadam
  16. Keadaan ekonomi dunia memainkan peranan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat. Kerana kenaikan kos sara hidup seperti barang keperluan harian dan juga barang lain. Ini akan memberikan tetangan yang hebat kepada mereka yang berpendapatan rendah.

    BalasPadam
  17. JKM akan memperkukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi JKM untuk memastikan masyarakat yang memerlukan bantuan tidak akan dipinggirkan.

    Semoga JKM akan dapat membantu menangani masalah kemiskinan yang berlaku di Sabah dan Sarawak ini. Mungkin perlu lebih banyak perancangan yang perlu dilakukan untuk menangani kemiskinan ini.

    BalasPadam