Rabu, November 23, 2011

BERIKAN SEBAB RASIONAL KENAPA MINYAK & GAS SABAH DISALURKAN KE SARAWAK SEKIRANYA MAHU RAKYAT TERUS SABAH SOKONG KERAJAAN

image Petronas Diminta Beri Penjelasan Terperinci Rasional Penyaluran Gas Dari SOGT Ke Bintulu

KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Petronas diminta memberi penjelasan terperinci dan telus berhubung rasional di sebalik keputusannya menghantar dan menyalurkan gas dari Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) ke Kompleks Cecair Gas Asli (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail berkata Rabu penjelasan itu penting bagi melenyapkan kekeliruan berhubung pelaksanaan projek itu.

"Mungkin ada segelintir pihak memahami rasionalnya, namun saya bimbang golongan majoriti yang tidak memahaminya dan kita tidak mahu ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi isu itu untuk tujuan tertentu, katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Abdul Rahim turut merayu kerajaan negeri supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas dengan peranan tertumpu kepada menangani perkara atau isu berkaitan industri minyak dan gas di negeri ini.

"Badan ini hendaklah dianggotai oleh para pemain industri minyak dan gas, sama ada kerajaan mahu pun swasta," katanya.

Katanya badan itu juga boleh bertindak untuk mewakili, menjaga dan memperjuangkan kepentingan Sabah dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.

Abdul Rahim berkata badan khas itu perlu berkeupayaan menjadi penasihat dan perunding yang mempunyai kepakaran mengenai hal-hal berkaitan industri minyak dan gas, sekali gus menjaga kepentingan Sabah.

Beliau berkata penemuan baru minyak 100km di luar pantai barat laut Kota Kinabalu oleh Petronas bakal memperkukuhkan pengeluaran huluan sekali gus menggalakkan pembangunan kegiatan hiliran minyak dan gas di negeri ini.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu turut menjangka bahawa penemuan baru itu akan membolehkan jangka hayat pengeluaran minyak dan gas di Sabah akan meningkat, yang akan menyaksikan negeri itu menjadi pemain penting dalam industri minyak dan gas di negara ini bagi dekad yang mendatang.

-------

Petronas' Explanation Sought On The Channelling Of Gas From Sogt To Bintulu

KOTA KINABALU, Nov 23 (Bernama) -- Petronas today was asked to provide a transparent and detailed explanation on its decision to supply and channel gas from the Sabah Oil and Gas Terminal to the Petronas Liquefied Nitgrogen Gas Complex in Bintulu, Sarawak.

State Assemblyman for Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail made this request to Petronas, saying that the explanation would be important in putting to rest any confusion with regards to the project.

"Some may understand the rationale for the decision, but I fear a majority of them may not understand and we do not want any parties trying to exploit the issue for their own interest," he said when debating the Sabah 2012 Budget at the State Legislative Assembly here today.

Abdul Rahim also urged the state government to form a special committee with the specific role of looking into issues related to the state's oil and gas industry.

"This body must be represented by players from the oil and gas industry, be it government or private sector."

The same body can also take action in representing, safeguarding and advocating the interest of Sabah in matters related to the development of the industry in the state, he said.

Abdul Rahim said the body should also have to capacity and expertise to play advisor and consultant on the industry with the view to taking care of Sabah's interest.

He said the new discovery of oil within 100km offshore Kota Kinabalu by Petronas had the potential of beefing up both the upstream and downstream activities of the state's oil and gas industry.

The former state minister of Agriculture and Food Industries also expects the new oil find to extend the lifespan of oil and gas production in Sabah and make the state an important player in the country's oil and gas industry in the decades to come.

11 ulasan:

  1. Kerajaan perlulah menjelaskan isu ini kerana rakyat berhak mendapat tahu.

    BalasPadam
  2. Harap industri minyak dan gas asli di Sabah akan berkembang pesat untuk membawa keuntungan dan penghasilan peluang pekerjaan.

    BalasPadam
  3. hal ini perlu diperjelaskan agar semua pihak faham dan berpuas hati.

    BalasPadam
  4. apapun, yang pasti adalah industri minyak dan gas di Sabah akan terus berkembang dan penduduk Sabah harus mendapat manfaat dari industri tersebut.

    BalasPadam
  5. mungkin disebabkan kekurangan infrastruktur dan tenaga kerja bagi menyokong industri minyak dan gas di Sabah..

    BalasPadam
  6. saya juga berpendapat tindakan petronas ini tidak adil kepada Sabah, dan seolah2 membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri... apa2pun tampillah dengan penjelasan terperinci dan telus sebelum lebih banyak spekulasi negatif dilemparkan kepada Petronas..

    BalasPadam
  7. sebarang isu yang timbul harus dijelaskan agar tidak timbul sebarang kekeliruan.

    BalasPadam
  8. apa pun, harap industri minyak dan gas adai Sabah akan terus berkembang dan dapat membantu memajukan ekonomi Sabah.

    BalasPadam
  9. saya pun tertanya2 juga tentang hal ini. tidak bolehkah kerajaan bina saja satu kilang di Sabah untuk hasil minyak dan gasnya?

    BalasPadam
  10. Sila beri penjelasan. Kepentingan Sabah dan penduduknya harus dijaga.

    BalasPadam
  11. Mungkin ada sebab lain kepada perlu disalurkan ke Sarawak. Tapi Petronas perlu menjelaskan perkara ini.

    BalasPadam