bAlumni UIAM lawat Rumah Putra Harapan
AHLI Bahagian Alumni dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ACSR, UIAM) bergambar bersama penghuni RPH Ranau, baru-baru ini.
RANAU 22 Nov. - Hasrat untuk membantu meringankan beban anak- anak yatim telah membawa rombongan Bahagian Alumni dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ACSR UIAM) untuk mengadakan program amal ke Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, baru-baru ini.
Pengarah ACSR UIAM, Dr. Azmi Harun berkata, dalam lawatan itu pihaknya menghulurkan pelbagai sumbangan bagi meringankan beban penghuni rumah anak yatim tersebut.
“Selain sumbangan dalam bentuk barangan, kami juga mengajar kanak-kanak di rumah itu mengenai cara penjagaan kesihatan diri,” katanya sambil menambah ACSR UIAM menyumbang RM500 bagi mengisi tabung RPH.
Menurutnya, keadaan rumah anak yatim berkenaan yang telah usang dan serba daif memerlukan perubahan dan pembaikan bagi memastikan keselesaan penghuni.
Ditubuhkan pada 12 Julai 2008, kewujudan RPH diilhamkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ia terletak di Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti di sini.
Azmi berkata, lawatan itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua pihak, tambahan pula ACSR turut merancang mengambil RPH sebagai rumah angkat.
Katanya, usaha itu akan membolehkan pihaknya mencari sumber untuk membantu RPH dalam pelbagai aspek bagi tempoh jangka panjang.
Syabas dan teruskan aktiviti seperti ini.
BalasPadamAnak-anak yatim juga memerlukan kasih sayang dan perhatian.
BalasPadamaktiviti seperti ini amat baik dan perlu diteruskan.
BalasPadamsumbangan yang diberikan jg amatlah dihargai.
BalasPadamLawatan seperti ini harus diadakan dengan kerap. Selain dari memberi semangat/peransang untuk mereka merasa lebih bermakna untuk terus hidup, lawatan ini juga dapat mengisi masa lapang para pelawat.
BalasPadamBerbuat baik pasti akan dibalas baik...
BalasPadamusaha yang amat baik. program seperti ini pastinya amat bermakna kepada anak-anak yatim berkenaan.
BalasPadamteruskan usaha seperti ini..pihak lain juga harus mencontohi Alumni UIAM ini.
BalasPadamAktiviti seperti ni harus diadakan secara berterusan akan memanfaatkan kepada mereka yang memerlukan.
BalasPadamsebagai rakyat Malaysia yang perihatin, program murni seperti ini perlu sentiasa diadakan dan penglibatan lebih ramai pihak sangat dialu2kan.. syabas kepada ACSR UIAM!!
BalasPadammereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim tidak pernah mengharapkan nasib mereka seperti ini. oleh itu, kita yang bernasib baik pula perlu membantu, memberikan semangat dan dorongan kepada mereka.
BalasPadamTeruskan beramal.
BalasPadamTeruskan membantu anak-anak yatim..
BalasPadam