Isnin, Oktober 03, 2011

LEBIH 35,000 MEMBANTAH DASAR KERAJAAN MEMOTONG BAJET

35,000 berhimpun bantah dasar kerajaan di Manchester

image MANCHESTER 2011/10/03: Lebih 35,000 orang menyertai satu perhimpunan di Manchester sebagai membantah tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameron yang memotong bajet.

Demonstrasi itu diadakan ketika berlangsungnya mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan itu sebagai  'alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.'

“TUC menganjurkan perhimpunan itu bagi menunjukkan bantahan kepada kerajaan dalam menyediakan dasar yang tidak sesuai berhubung pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam," kata TUC dalam kenyataannya.

Polis menganggarkan jumlah mereka yang menyertai perhimpunan itu melebihi 35,000 orang termasuk pekerja sektor awam dan aktivis berhaluan kiri.

-----

Aktivis piket bantah pinda akta pekerjaan

Okt 3, 11 : Kira-kira 120 anggota Kesatuan Pekerja (MTUC) hari ini mengadakan piket di hadapan parlimen membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.

Ini kerana mereka mendakwa pindaan akta tersebut "tidak menyebelahi pekerja" dan kerajaan tidak mengadakan rundingan dengan kesatuan itu sebelum pindaan dibuat.

NONEPiket tersebut bermula jam 10.55 dengan membawa beberapa kain rentang yang mendesak menteri sumber manusia menarik balik pindaan undang-undang buruh yang menghakis hak pekerja.

Mereka berbaris diluar pintu parlimen sambil melaung "Tarik Balik Undang-undang Buruh" dan "Hidup MTUC".

Nyanyian dan laungan bantahan mereka juga diiringi dengan paluan kompang menghangatkan suasana piket mereka.

14 ulasan:

  1. Hak pekerja di negara ini masih tidak cukup baik lagi.

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan akan memastikan hak pekerja dan kebajikan mereka sentiasa dijaga.

    BalasPadam
  3. hak2 ddan kebajikan pekerja harus dijaga, pekerja adalah aset penting kepada negara.

    BalasPadam
  4. Tanpa pekerja, kerja itu tidak akan terlaksana. Hargai dan jaga kebajikan para pekerja.

    BalasPadam
  5. Nasib baik mereka yang berpiket di negara ini masih terkawal dan tidak menimbulkan huru-hara seperti di beberapa tempat di luar negara.

    BalasPadam
  6. pindaan undang2 tersebut sebaiknya ditarik balik jika ia tidak menjaga hak dan kepentingan para pekerja.

    BalasPadam
  7. adalah menjadi hak rakyat untuk bersuara jika terdapat kelemahan dan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan. tapi gunalah melalui cara dan saluran yang betul.

    BalasPadam
  8. kalau rasa2 tak adil...suarakan saja bah...nanti hak terhakis, kita pula yg rugi...

    BalasPadam
  9. kebajikan pekerja perlulah sentiasa diambil berat.

    BalasPadam
  10. Kalau di M'sia ni macam mana?? Silap2 kena kasi gelaran komunis.

    BalasPadam
  11. Kalau boleh terhakis hak sebagai pekerja memang patutlah bising. Harap2 mereka ni mendapat keadilan.

    BalasPadam
  12. apa guna kesatuan pekerja ditubuhkan jika kerajaan masih membelakangkan mereka dalam membuat keputusan terutamanya yang berkaitan dengan akta pekerjaan?? perkara seperti ini tidak patut berlaku dan mustahil kerajaan tidak memikirkan kesannya sebelum pindaan dibuat..

    BalasPadam
  13. Fikirkanlah hak pekerja. Mereka bekerja bukan untuk suka-suka tapi untuk menanggung keluarga. Jadi sebaiknya kerajaan memikirkan bagaimana untuk membantu dan mengurangkan beban para pekerja.

    BalasPadam
  14. Barang naik, minyak naik, kos hidup naik, makan minum naik..Tapi kerajaan ada fikirkah tetang gaji perkerja? Naikkah gaji mereka? Cukupkah menampung hidup dengan kenaikkan itu?

    BalasPadam