Kepercayaan Rakyat Paling Penting Untuk Hadapi PRU - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara yang paling penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang adalah untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional dan kerajaan.
Beliau berkata, rakyat perlu dimaklumkan sama ada untuk mempercayai janji-janji pembangkang atau komitmen kerajaan untuk memaju dan memakmurkan negara.
“Saya tidak janji bulan, bintang atau galaksi tapi saya janji Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah (pimpinan) BN.
Katanya, harapan dan masa depan rakyat hanya akan terjamin sekirannya kerajaan terus diberikan mandat dan kepercayaan pada PRU akan datang untuk terus menerajui negara.
“Kita akan beritahu pada rakyat Malaysia bahawa kita akan bekerja bertungkus-lumus dan mendengar harapan dan kehendak rakyat.
“Kita akan bertindak sebaik-baiknya bagi memastikan BN berjaya dalam PRU yang akan datang,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung ke-58 MCA di Wisma MCA, di sini, Ahad.
Najib juga berkata, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan parti, semua ahli komponen BN diseru agar bersatu dan menyokong sesiapa sahaja calon yang bertanding tanpa mengira parti komponen calon pada demi kejayaan parti.
Najib berkata, asas penting itu sudah menjadi pegangan sejak dari era Parti Perikatan lagi.
“Setiap kali ada pilihan raya setiap ahli BN wajib menyokong siapa juga calon yang bertanding tanpa mengira parti komponen yang diwakilinya,” katanya.
----
No use saying sorry to people during polls, Barisan told
“If something is not right, now is the time to rectify it,”
Janji tetap perlu dilaksanakan.
BalasPadamJangan sesekali mungkir janji, rakyat akan hilang kepercayaan jika perjanjian tidak dapat ditunaikan.
BalasPadamNajib harus membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dpt dilaksanakan.
BalasPadamEasy to say, hard to fulfill. Good luck Najib.
BalasPadamGE 13th might be quite tough this time. Be prepared and don't win for the sake of winning. But win to help the people and country.
BalasPadamsamada BN berjaya ataupun tidak pada PRU akan datang, semuanya bergantung pada rakyat. jadi rakyat mengundilah dengan bijak.
BalasPadamcalon2 BN untuk PRU-13 dikatakan terdiri daripada muka2 baru. jadi, calon2 lama biarlah diturunkan dengan cara yang terbaik agar tidak wujud ketidakpuasan hati.
BalasPadamWalk the talk....
BalasPadamusaha untuk memenuhi keperluan rakyat perlu sentiasa dilakukan..
BalasPadamrakyat akan menyokong parti yang menunjukkan prestasi yang baik..jadi, BN perlulah sentiasa menunjukkan prestasi yang baik jika inginkan rakyat terus menyokong..
BalasPadamkerajaan BN tidak perlu risau jika rakyat sendiri melihat perubahan positif yang dibuat oleh kerajaan..
BalasPadamItulah yang kita mahukan, memajukan negara kita ini setaraf dengan negara maju yang lain.
BalasPadamBukan senang untuk memastikan kepuasan rakyat. Tapi sekurangnya kerajaan BN telah mencuba yang terbaik dan memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.
BalasPadam