Enam timbalan menteri turut masuk universiti
SINTOK: Seramai enam timbalan menteri dan 19 anggota Parlimen mengikuti pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di kampus Univeristi Utara Malaysia (UUM) di Kuala Lumpur bermula Jun lalu.
Antara mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan anggota Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang dilantik menjadi ketua kelas.
Naib Canselor UUM, Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dua pengarah filem, Prof Madya Abdul Razak Mohaideen dan Ahmad Idham Ahmad Nazri pula akan mendaftar pada 20 September ini untuk mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang Pengurusan Industri Perfileman. “UUM juga bakal menerima lebih 300 pelajar antarabangsa dari 42 negara yang mengikuti pengajian ijazah sarjana dan PhD bagi sesi pengajian 2011/2012,” katanya selepas menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan waris pelajar baru di Dewan Mu’adzam Shah.
Beliau juga berkata, seramai 93 pelajar asing adalah antara 4,089 pelajar baru yang mendaftar di sini hari ini bagi memulakan pengajian peringkat ijazah pertama.
Pelajar asing tersebut dari 13 negara termasuk Indonesia, Somalia, Thailand, Arab Saudi dan China.
Dr Mohamed Mustafa berkata, daripada 4,089 pelajar itu, 2,976 adalah pelajar perempuan dan 1,113 pelajar lelaki.
Baguslah, kita perlulah sentiasa meningkatkan kebolehan diri.
BalasPadamKerajaan perlulah menggalakkan lebih banyak rakyat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
BalasPadamusaha yang baik untuk meningkatkan lagi kemampuan dan kebolehan masing-masing.
BalasPadambegitulah, jgn berhenti mencari ilmu. kita harus mencari ilmu selagi ada hayat.
BalasPadammenuntut ilmu tidak mengira usia. kena contohi mereka ni. walupun sudah menjadi menteri,MP tapi masih mahu melanjutkan pelajaran. bukan seperti anak2 muda zaman sekarang ramai yang malas untuk melanjutkan pelajaran walaupun usia masih muda dan peluang terbuka luas.
BalasPadamnampaknya lebih ramai pelajar perempuan dari pelajar lelaki yang memasuki universiti.
BalasPadamsebagai public figure, memang patut mereka memiliki latarbelakang pendidikan yang mantap malah sesuai dengan peranan mereka sebagai menteri dan ahli parlimen.
BalasPadamsaya harap mereka dapat mengikuti pengajian ini sehingga selesai tempoh pengajian tanpa menggunakan pengaruh wang atau kuasa..
BalasPadamLangkah yg baik...tapi dalam mendalami pembelajaran anda, jgn la lupa tanggungjawab anda sebagai ahli parlimen & penjawat kerajaan ok? Keep it up!
BalasPadamSemoga berjaya.
BalasPadamPastikan pelajar2 luar negara menggunakan pas pelajaran sebaik mungkin.
BalasPadamBegitu pentingnya ilmu itu maka teruskan untuk menambah ilmu.
BalasPadam