Isnin, Jun 13, 2011

JABATAN PELAJARAN DIRAYU PERCEPAT PELANTIKAN GSTT

Jabatan Pelajaran dirayu percepat pelantikan GSTT

KOTA MARUDU 13th June, 2011: Kementerian Pelajaran Malaysia dirayu agar dapat mempercepat pelantikan semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) memandangkan keperluan yang mendesak terutama penduduk di luar bandar.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Baintin Adun @Abdul Halim, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 Mac lalu di Tongod, Sandakan yang berkata nasib GSTT di Sabah terbela.

Bagimanapun, katanya lantikan semula untuk GSTT itu sehingga kini belum dilaksanakan lagi oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Katanya, sebagai pemimpin barisan hadapan di peringkat bahagian beliau menerima banyak aduan mengenai hal itu baik daripada ibu bapa mahupun GSTT itu sendiri yang memohon supaya perkara itu dapat diketengahkan demi masa depan mereka.

Baintin yang juga Presiden Persatuan Kimaragang Sabah berkata difahamkan terdapat seramai 574 orang GSTT belum menerima pelantikan semula dari kementerian.

image“Mereka (GSTT) sedikit sebanyak sudah memiliki ilmu pengetahuan sejak mereka menjawat jawatan itu dan jika tenaga mereka terus digunakan sehingga mereka dilatih sekurang-kurangnya kadar kekurangan tenaga guru di negeri ini dapat diatasi dan dengan cara yang demikian juga negeri ini kurang mengimport guru dari luar negeri sementara bajet bagi maksud itu dapat dijimatkan,” tegasnya.

Menurut sumber dari Kementerian Pelajaran yang menyatakan hanya GSTT yang mempunyai opsyen subjek sahaja yang bakal dilantik semula, Baintin berkata kementerian harus kemudiankan soal opsyen subjek sebaliknya melantik dahulu GSTT ini kerana mereka bukan keluaran universiti yang diberi prasyarat berkenaan.

Beliau merayu kepada Kementerian Pelajaran melaksanakan apa yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran dengan tidak membuat pelbagai alasan.

20 ulasan:

  1. Harap perlantikan semula dibuat kepada GSTT ini dengan kadar segera demi masa depan mereka.

    BalasPadam
  2. Perlantikan semula GSTT ini dapat mengurangkan kos mengimport guru dari luar negeri.

    BalasPadam
  3. Bagilah peluang kepada GSTT untuk berkhidmat. Lagipun kita sekarang menghadapi masalah kekurangan guru-guru.

    BalasPadam
  4. Rasanya masih ramai yang kekurangan guru terutama di luar bandar. jadi, Jabatan Pelajaran kena percepatkan perlantikan GSTT supaya mereka tidak tertunggu2.

    BalasPadam
  5. Kasian la ba ini GSTT semua...brapa bulan sudah tidak ada kerja...arahan sudah diberi, malah dibuat di hadapan orang ramai & media, pegawai2 yg bertanggungjawab buat la kerja yg telah diamanat kan kepada kamu dengan cepat....

    BalasPadam
  6. Jangan sibuk mengumpul pengundi sampai terlupa dengan GSTT.

    BalasPadam
  7. Permintaan tinggi terhadap GSTT di sekolah2 luar bandar, jadi percepatkan la GSTT ni.

    BalasPadam
  8. Tidak ada sebab untuk meperlambatkan perlantikan itu.

    BalasPadam
  9. Memperlambtkan proses itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    BalasPadam
  10. Cepat2 jangan lambat!! Murid2 akan ketinggalan dalam pembelajaran jika masih belum ada perlantikan.

    BalasPadam
  11. perlantikan semula GST haruslah dipercepatkan untuk memenuhi keperluan.

    BalasPadam
  12. jika ada apa2 masalah yang melambatkan proses pelantikkan GSTT, kementerian berkenaan patut tampil membuat penjelasan..

    BalasPadam
  13. pelantiakn guru GSTT perlu dipercepatkan bagi atasi masalah kekurangan guru dan utamakan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  14. menteri pelajaran malaysia harus menitikberatkan perkara ini.

    BalasPadam
  15. perkara ini harus segera diselesaikan..jika kementerian pelajaran tidak berniat untuk melantik semula GSTT tersebut maka harus dinyatakan secara rasmi..tidak perlu membuat mereka tertunggu-tunggu..

    BalasPadam
  16. jika ada sebarang masalah atau kesukaran yang dihadapi untuk melantik semula GSTT tersebut, seharusnya penjelasan diberikan agar mereka tahu dan faham..ini juga dapat mengelak daripada perspektif buruk kepada kementerian.

    BalasPadam
  17. menteri pelajaran diharap melakukan apa yang sepatutnya untuk GSTT berkenaan.

    BalasPadam
  18. Hal ini patut diberi perhatian serius. Jangan biarkan ia berlanjutan lebih lama lagi.

    BalasPadam
  19. Semoga kebajikan GSTT akan terjaga juga :)

    BalasPadam
  20. Mungkin pihak kementerian pelajaran tengah mengemaskini maklumat dan data GSTT. Harap semua bersabar.

    BalasPadam