Ahad, Jun 19, 2011

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH AKAN DIBERI LATIHAN - KATA MUHYIDDIN

Guru Sandaran Tidak Terlatih Akan Diberi Latihan - Kata Muhyiddin

BEAUFORT, 18 Jun (Bernama) -- Kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk mengatur dan mengurus perkara itu.

"Terdapat sedikit kelewatan untuk menyerapkan mereka kerana masalah teknikal yang mana mereka perlu mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

"Saya harap proses ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini.

Beliau berkata proses ini akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar, dan ini termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah.

Muhyiddin berharap guru GSTT yang berminat untuk menjadi guru, mengambil peluang dari proses latihan dan penyerapan yang dijalankan oleh kementerian itu.

15 ulasan:

  1. Tindakan ini patut dilaksanakan untuk memberi peluang kepada GSTT, pada masa yang sama menyelesaikan masalah kekurangan guru.

    BalasPadam
  2. Good luck and all the best.

    BalasPadam
  3. Harap proses penyerapan GSTT ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.

    BalasPadam
  4. Harap rancangan ini akan dapat dilaksanakan sebaiknya.

    BalasPadam
  5. memang wajar jika guru GSTT ni mengikuti kursus di institusi perguruan terlebih dahulu agar mereka mudah diserap sebagai guru tetap.

    BalasPadam
  6. saya harap kali ini kerajaan benar2 serius memberikan peluang kepada semua GSTT di seluruh negara untuk berkhidmat semula. jangan wujudkan tuntutan ketiga untuk perkara yang sama..

    BalasPadam
  7. GSTT mmg perlu diberi kursusu dan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengajar.

    BalasPadam
  8. diharap kali ini, bukan lagi suatu khabar yang indah dari rupa..

    BalasPadam
  9. memang wajar GSTT diberikan latihan perguruan agar mereka dapat diserap dalam jawatan tetap..

    BalasPadam
  10. diharapkan proses ini akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat..

    BalasPadam
  11. GSTT harus mengambil peluang ini untuk menjawat jawatan tetap guru..

    BalasPadam
  12. harap proses ini akan dapat dilaksanakan dengan cepat...

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...kami bersyukur kerana telah lama menunggu peluang ini. insyallah peluang keemasan ini akan digunakan sebaik mungkin..

    BalasPadam
  14. ada borang ke nak apply kursus ini? bagaimana ye?

    BalasPadam
  15. ya..harap semuanya berjalan lancar dan akan dilaksanakan seperti yang diharapkan.

    BalasPadam