Jumaat, September 30, 2011

GUAN ENG MOHON MAAF SULTAN JOHOR

Guan Eng Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

GEORGE TOWN September 30, 2011: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat mengemukakan permohonan maaf terhadap Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail berhubung kenyataannya yang mendakwa Johor sebagai negeri yang tidak selamat dan sarang penjenayah.

Beliau membuat kenyataan maaf tersebut pada sidang media di bangunan Komtar pada pukul 1.10 petang di sini.

Sultan Johor, telah bertitah baginda tersinggung dengan kenyataan saya yang didakwa memburukkan imej negeri Johor.

“Atas rasa hormat kepada Sultan Johor, saya dengan sepenuh hati memohon maaf kepada baginda dan seluruh rakyat Johor. Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Johor atau mana-mana negeri,” katanya.

Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Johor ketika majlis makan tengah hari bersama Persatuan Wartawan Asing Singapura di Pusat Konvensyen Raffles, Singapura pada 12 Ogos lalu.

Dalam rakaman audio yang disebarkan di internet, beliau dilaporkan berkata: “Anda tidak perlu bimbang dengan keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang, Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda mungkin diculik.”

Pada Khamis, Guan Eng dipetik sebagai berkata beliau tidak pasti ada mengeluarkan kenyataan tersebut namun Setiausaha DAP itu menafikan dakwaan beliau sengaja berbuat demikian dalam teks ucapannya pada majlis berkenaan

-----

Sultan Ibrahim tersinggung

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,”

------

Najib Alu-alukan Tindakan Guan Eng Mohon Maaf

"Maknanya dia telah terimalah kesilapan dalam hal ini,"

11 ulasan:

  1. kalau sudah tersilap kata tu cepat2 la memohon maaf. Bagus2. lain kali jangan buat lagi.

    BalasPadam
  2. Guan Eng membandingkan negeri yang diperintah oleh Pakatan dan negeri yang diperintah oleh BN.

    BalasPadam
  3. diharap permohonan maaf tu ikhlas..

    BalasPadam
  4. semga permohonan maafnya diterima dan dia benar2 ikhlas memohon maaf.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. LGE kutuk Johor tak boleh.. habis tu yg kerajaan BN pagi petang siang malam kutuk Kelantan boleh pulak.. takda pulak Sultan Kelantan tersinggung..!

    BalasPadam
  7. Harap Sultan Johor akan menerima pemohonan maaf Lim Guan Eng.

    BalasPadam
  8. Harap perkara yang sama tidak akan diulangi lagi.

    BalasPadam
  9. baguslah jika beliau memohon maaf..harap pekara yang sama tidak akan diulangi lagi di lain kali..

    BalasPadam
  10. pemandu teksi.. tidak ada pula pemimpin2 kerajaan BN buat kenyataan seperti itu di luar negara.. kalau berkenaan dengan aspek pembanguan tu adalah, itupun dalam negara bukannya diluar negara.

    BalasPadam
  11. Dengan menggunakan Media saja meminta maaf, rasanya itu bukan adat dan peraturan sebenar diraja dengan media meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Seharusnya Guan Eng perlu menghadap sultan dan bersemuka dengan meminta ampun atas tindakkan itu. Bukannya dengan media. Ini seolah-olah meminta maaf dengan cara tidak ikhlas.

    BalasPadam