Laporan Wikileaks Mengenai Kenyataan Speaker DUN Sabah Adalah Tidak Benar
KOTA BELUD, 3 Sept (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menjelaskan bahawa laporan Wikileaks mengenai komen beliau berkaitan kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008, adalah tidak benar.
"Saya tidak pernah mengesahkan atau menyokong anggota parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat. Pada masa itu, setahu saya, pembangkang cuba sedaya upaya untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah tetapi mereka gagal untuk menarik mereka.
"Apa yang berlaku lebih pada "perang psikologi" yang dilakukan oleh pembangkang untuk tidak menstabilkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Salleh, bekas ketua Menteri Sabah kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Wanita Umno Kota Belud di Kampung Siasai di sini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 Sept, 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.
Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan bekas Ketua Menteri itu memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.
Kabel itu mendakwa bahawa pegawai kedutaan itu mendapati "tidak ada sokongan" untuk kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di kalangan ahli politik senior yang mengadakan beberapa siri pertemuan di negeri ini dari 18 hingga 20 Jun tahun itu.
Perkara ini sudah lama berlalu. Masihkah kita mahu mempertikaikan isu ini?
BalasPadamMasih ada banyak lagi isu yang perlu ditangani, tumpukanlah perhatian pada masalah yang belum diselesaikan daripada terus mempertikaikan isu yang lampau.
BalasPadamMungkin Salleh sudah lupa apa yang diperkatakan. Maklum la umur sudah meningkat.
BalasPadamlaporan wikileaks memang tidak boleh dipercayai sepenuhnya. sekarang ni pula wikileaks cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan politik di Malaysia.
BalasPadamWalaupun ianya benar, ianya tidak akan memberi sebarang kesan kerana apa yang dirancang pada masa itu tidak pernah berlaku.
BalasPadamNak percaya @ tidak terpulang la.... Banyak lagi isu yang lebih penting untuk diselesaikan.
BalasPadamdiharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
BalasPadam"Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan bekas Ketua Menteri itu memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN."
BalasPadamBenar ke ini akan berlaku? Walaubagaimanapun, anggota parlimen seharus membuat keputusan dengan hati yang tenang. Jangan bertindak mengikut emosi.
Kami tunggu perkembangan selanjutnya.
BalasPadamBerita dah lama berlalu. Baik memberi tumpuan kepada isu-isu dan pembangunan yang lebih banyak memanfaatkan rakyat. Ungkitan isu lama memang tiada maknanya.
BalasPadamtu hal 2008, semuanya tinggal kenangan.
BalasPadamSekiranya maklumat telah bocor, sudah semestinya nama2 akan tersenarai dalam artikel ni.
BalasPadamapa sejarah 2008 ni memdatangkan impak kepada PRU akan datang
BalasPadamthose opposition really wants to find troubles.
BalasPadamThis is sensitive, hope this will not be spread around again.
BalasPadamLet us let this all pass......
BalasPadamtak perlu nak percaya pada laporan tersebut.
BalasPadampenjelasan sudah diberikan oleh salleh...
BalasPadamperkara ini sudah lama berlalu dan yang pasti apa yang dihajatkan oleh anwar tidak berlaku sama sekali..
BalasPadambetul, kita semua pun sudah tahu usaha Anwar tidak berjaya sama sekali! apa lagi nak dipersoalkan?
BalasPadamkalau pun benar, yang penting usaha ini gagal sama sekali.
BalasPadamdan kita semua pun tahu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dipaksa letak jawatan. jadi dakwaan sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak nak meninggalkan BN tidak terjadi langsung
BalasPadammemang terbukti cubaan pembangkang telah gagal untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah
BalasPadamyang penting kerajaan BN harus berusaha memikat hati rakyat Sabah terutamanya memberi bantuan kepada mereka yang perlu
BalasPadammedia luar tidak menghadapi apa2 kekangan dalam usaha mereka menyebarkan fitnah kerana kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil apa2 tindakan terhadap mereka. sebab itulah mereka bebas membuat pembohongan..
BalasPadambaik tidak payah layan isu2 seperti ini.. semakin dilayan semakin menjadi2 isu yang mereka keluarkan nanti..
BalasPadamlaporan wikileaks tidak perlulah dipercaya sangat. apa pun, pekara ini sudah lama dan tidak perlu dipanjangkan lagi. sekarang semua perlu memandang ke hadapan.
BalasPadamPerkara lama sering diungkit-ungkitkan tetapi tidak bermanfaat langsung.
BalasPadamApa pun boleh berlaku berkenaan dengan politik. hari ini mereka bersatu-padu, hari lain pul amereka berpecah-belah. Tidak hairan jika ada anggota parlimen meninggalkan BN..
BalasPadamSehingga hari ini tiada apa pun yang berlaku, BN masih kukuh di Sabah. Cubaan tersebut rasanya gagal..
BalasPadamIts a old timer story but still people brought it up. It's really serve no purposes I think. Better just ignore it. I think there are many more matter that we should pay more attention.
BalasPadamAre they trying to remind us something?
BalasPadamWikileak saja ikut campur hal Sabah untuk kawannya itu Anwar. Rasanya PR yang cuba untuk menarik dan memerangkap ahli perliment Sabah lain untuk memastikan kemenangan kepada PR. tapi jangan ingat mereka mudah tertipu, ANwar tidak berjaya. Kerana BN tetap yang terbaik untuk Sabah.
BalasPadamSemua ini cuma cara PR untuk memastikan perselisihan berlaku dengan BN Sabah. Jadi sengaja mengupah orang lain untuk menyebarkan maklumat palsu seperti kununnya ramai ahli perliment Sabah akan keluar BN untuk menyertai Pembangkang itu adalah tidak benar sama sekali. Siapa yang cakap? Sudah pastilah Pembangkang yang cakap kerana mereka ingat dapat menjatuhkan BN dengan cara kotor ini. Tapi tidak semudah itu.
BalasPadamWikileak menyibuk hal orang lain saja. Sudah memberik maklumat palsu. Maka tidak perlu percaya kepada media wikileak ini. Kebanyakkan yang disampaikan palsu semata-mata.
BalasPadamini ada lh salah satu cara pihak pembangkang mau menjatuh kn Bn sabah... wikileak suka masuk campur n buat cerita palsu... rakyat tidak akan percaya cerita karut ini...
BalasPadamcerita yg dibuat2... untuk kepentingan sendiri...
BalasPadam