Sabtu, Ogos 13, 2011

SPRM SIASAT KEMUNGKINAN PENYELEWENGAN PROGRAM 6P

KDN sokong SPRM siasat kemungkinan penyelewengan Program 6P

PUTRAJAYA 12 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-alukan kesediaan dan komitmen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana syarikat berhubung sebarang bentuk penyelewengan yang mungkin berlaku dalam urusan pendaftaran pekerja asing ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, komitmen suruhanjaya berkenaan amat beliau hargai kerana ia akan membuka ruang siasatan yang telus, berintegriti dan dihormati seperti yang dikehendaki kerajaan dan rakyat.

Bagaimanapun, beliau meminta SPRM agar tidak hanya mengehadkan siasatan terhadap syarikat atau individu yang terlibat dalam penyelewengan sistem Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau dikenali Program 6P berkenaan.

"Malah saya melihat siasatan suruhanjaya ini perlu turut diperluaskan kepada pegawai, kakitangan Jabatan Imigresen termasuk mereka yang bertugas di pejabat saya sendiri.

"SPRM diharap dapat memberi tumpuan utama terhadap siasatan berhubung kes ini.

"Harapan saya ialah agar siasatan SPRM yang telah bermula ini akan dikendalikan dengan kadar segera dan perlu dibuat secara menyeluruh. Ia juga dapat menghapuskan sindiket antarabangsa yang menangguk di air keruh untuk mencari habuan secara haram," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hishammuddin, sejak program 6P dimulakan menerusi pendaftaran pekerja asing sah dan pendaftaran PATI beberapa minggu lalu, perkara yang melibatkan soal ketelusan dan penyelewengan dalam perkara tertentu telah mendapat perhatian banyak pihak.

"Daripada soal mesin biometrik hinggalah kepada soal caj bayaran yang dikenakan telah ditimbulkan," kata beliau.

Begitupun, kata Hishammuddin, laporan yang diterima oleh KDN bahawa terdapat individu dan agensi yang membuat tindakan yang menyeleweng dalam program ini semata-mata untuk kepentingan diri masing-masing adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan dimaafkan.

11 ulasan:

  1. siasatan mmg perlu dilakukan kerana terdapat kemungkinan berlalu penyelewangan dalam program tersebut.

    BalasPadam
  2. baguslah jika KDN sokong SPRM siasat kemungkinan penyelewengan Program 6P. ini bagi memastikan semuanya dijalankan dengan telus.

    BalasPadam
  3. Ya, apa jua penyelewengan perlu disiasat supaya dapat memastikan program ini berjalan lancar serta mencapai objektif.

    BalasPadam
  4. Harap program 6P ini akan berjaya menyelesaikan masalah PATI di negara kita.

    BalasPadam
  5. Teruskan penyiasatan berhubung pengunaan biometrik ini.

    BalasPadam
  6. jadi sekarang, bagaimana sudah dengan tuntutan Bersih untuk menggunakan dakwat kekal? sistem biometrik pun mudah diselewengkan oleh pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  7. harap2 pihak yang berkenaan tu segera dikesan dan dikenakan hukuman.

    BalasPadam
  8. Jangan cakap saja mahu menyiasat. Tapi tidak pernah pun dilaksanakan.

    BalasPadam
  9. Penyelewengan apa lagi ni? Sampai bilalah usaha untuk mengawal kebanjiran PATI ini menemui jalan penyelesaian?

    BalasPadam
  10. Ambil tindakan tegas ke atas firma yang mengamalkan penyelewengan. Mereka ini harus diberi pengajaran. Bukan duit saja mahu dikejar sehingga menimbulkan lagi masalah2 lain.

    BalasPadam
  11. program baru diperingkat permulaan tapi sudah ada penyelewengan.. rasanya selepas ini pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan dengan mempertikaikan pelaksanaan program ini.. saya harap KDN benar2 tegas dan bersungguh2 menjayakan program ini tanpa melindungi pihak tertentu yang telah melakukan penyelewengan..

    BalasPadam