Sabtu, Ogos 13, 2011

PROGRAM 6P DILANJUT 21 OGOS

Program 6P dilanjut 21 Ogos

PUTRAJAYA 12 Ogos – Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau dikenali Program 6P yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan seminggu lagi kepada 21 Ogos.

Keputusan itu dibuat sebagai susulan saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang mengusulkan supaya cadangan lanjutan tarikh itu dipertimbangkan

Jawatankuasa Pelaksana Program 6P.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, ini berikutan sambutan berterusan yang diterima daripada majikan serta pekerja dan PATI di kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu di pejabat Imigresen mahupun menerusi syarikat pengurus yang dilantik kerajaan.

Sehingga tamat operasi pada 11 Ogos, bilangan PATI dan pekerja asing sah yang direkodkan berjumlah 1,807,000 orang.

Daripada jumlah itu, 885,156 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

‘‘Kerajaan juga memutuskan bahawa setiap PATI yang mendaftar menerusi syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini,’’ kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mahmood berkata, selari dengan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim diminta mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai Program 6P.

“Dan ini sekali gus juga menyakinkan PATI di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.

“Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap PATI dan justeru ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November 2011,” kata beliau.

12 ulasan:

  1. program ini akan dilanjutkan, oleh itu, semua PATI yang belum mendaftar perlu mendaftar sebelum operasi penangkapan dibuat.

    BalasPadam
  2. pati yang belum mendaftar perlu menggunakan masa yang ada ini untuk mendaftar...

    BalasPadam
  3. Harap majikan yang masih belum mendaftarkan pekerja asing mereka akan mengambil kesempatan untuk mendaftar.

    BalasPadam
  4. Saya nampak banyak orang Malaysia yang suka tunggu sehingga saat terakhir baru bertindak. Jangan buang masa lagi.

    BalasPadam
  5. Harap kerjasama dari PATI untuk program ini.

    BalasPadam
  6. sudah dua kali program pendaftaran PATI dilanjutkan. adakah program ini akan mencapai 2,000,000 orang PATI bila tempoh seminggu lagi berakhir?

    BalasPadam
  7. pasti perbelanjaan untuk laksanakan program pendaftaran PATI telah bertambah.

    BalasPadam
  8. Betulkah dilanjutkan lagi program ini. Baguslah kalau macam itu. Maksudnya warga asing dapat melakukan pendaftaran lagi sampai 21 ogos ini.

    BalasPadam
  9. Cukup bagus sudah PATI diberi peluang lagi untuk mendaftar. Masih ada yang degil lagi? Ambil saja tindakan ke atas mereka.

    BalasPadam
  10. Baru sejuta lebih saja yang mendaftar di Semenanjung? Yang lain bersembunyi di mana?

    BalasPadam
  11. kalau masih ramai yang belum mendaftar selepas 21 ogos, baik lancarkan operasi besar2an bagi menjejaki mereka.

    BalasPadam
  12. program ini lagi berkesan jika orang awam tampil berkerjasama dengan melaporkan tempat2 persembunyian PATI yang dikenalpasti enggan mendaftarkan diri mereka.

    BalasPadam