Program Pendaftaran PATI Di Sabah Dilanjutkan Dua Hari Lagi
KOTA KINABALU, 8 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat jawatankuasa induk program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) peringkat negeri Sabah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama dua hari lagi dari hari ini hingga Rabu ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman berkata tempoh pelanjutan itu hanya melibatkan empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.
Ini kerana keempat-empat pusat pendaftaran itu masih lagi merekodkan bilangan pendatang tanpa izin (PATI) yang berdaftar melebihi 300 orang dalam sehari, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sukarti berkata tempoh pendaftaran bagi lima lagi daerah iaitu Kudat, Ranau, Sipitang, Semporna dan Keningau akan berakhir hari ini kerana merekodkan jumlah pendaftaran pendatang tanpa izin yang kurang dari 100 orang dalam sehari.
Beliau berkata program pendaftaran melalui program outreach pula dihentikan mulai hari ini (8 Ogos) kerana Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak lagi menerima sebarang jemputan dari mana-mana majikan ladang yang ingin mendaftarkan pendatang tanpa izin di ladang mereka.
Katanya pendaftaran pendatang tanpa izin di bawah program 5P, yang berjalan lancar tanpa sebarang insiden itu, sepatutnya hanya berlangsung selama 22 hari dari 18 Julai hingga semalam.
Sukarti berkata setakat semalam (7 Ogos), sejumlah 154,995 pendatang tanpa izin, termasuk 111,397 dari Indonesia dan 43,193 dari Filipina, berjaya didaftarkan di sembilan pusat pendaftaran dan juga di tiga daerah yang terlibat dengan program outreach.
----
500,000 PATI Dijangka Ambil Kesempatan Daripada Program Pengampunan Sabah
program ini dilanjutkan, harap lebih ramai PATI akan mendaftar.
BalasPadamHope that more will come forward to be registered.
BalasPadamThose who still not registered should do so. The government has kindly extend for two more days.
BalasPadamTomorrow will be the last day for these people to register themselves. Hope they will take action seriously.
BalasPadamThey should treat this seriously while looking into this matter. Hope they appreciate our leaders for extending the days of registration.
BalasPadampendaftran pati dilanjutkan selama dua hari. harap ini digunakan dengan sebaik mungkin dan harap semuanya akan berjalan lancar.
BalasPadamharap program ini akan mencapai matlamatnya untuk menyelesaikan masalah pati..
BalasPadamPATI harus gunakan kesempatan ini untuk mendaftar, jgn hingga jgn tunggu hingga mereka diusir.
BalasPadamdaerah Kudat, Ranau, Sipitang, Semporna dan Keningau pasti masih ada yang belum mendaftar.
BalasPadamkerajaan perlu tegas dalam berhadapan dengan PATI ni. jangan terlalu bertolak ansur. semoga program 5P ini akan berjalan dengan lancar.
BalasPadamAdakah semua PATI telah mendaftar? sekiranya didapati ada PATI yang tidak mendaftar tindakan yang tegas perlu dikenakan.
BalasPadamHarap program ini akan berjaya.
BalasPadamHarap tiada lagi PATI yang masuk ke M'sia terutama Sabah selepas program ni.
BalasPadamsemoga kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mendaftarkan diri selepas tamatnya lanjutan tempoh hingga Rabu ini.
BalasPadamTidak usah memberi masa lagi kepada PATI kerana jelas permintaan kerajaan ini tidak diambil serius oleh mereka.
BalasPadamempat daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu memang ternyata paling ramai PATI.
BalasPadam500,000 PATI Dijangka Ambil Kesempatan Daripada Program Pengampunan Sabah
BalasPadamharap ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan tanpa kelewatan dan semoga PATI dapat memberi kerjasama.
Berikan kerjasama untuk memastikan masalah ini berjaya sepenuhnya.
BalasPadamsemoga masalah PATI berkurangan selepas tamatnya program ini.
BalasPadamWalaupun tidak sampai sasaran yang dijangkakan. Tapi sekurangnya sambutan 6p ini tetap kita boleh nampak.
BalasPadamkelanjutan tidakmenjadi masalah, harapkan masalah PATI diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamBetul juga kata Tanpa Nama, kalau dah diberi tempoh yang cukup untuk mendaftar diri, kepada mereka yang gagal membuat demikian, ambil tindakan je. Kalau tidak, mereka tidak bersikap serius terhadap masalah.
BalasPadamKalau kerajaan tidak bersikap tegas kepada PATI ini, mereka ni tidak bersikap serius. Moga-moga, masalah diselesai secepat mungkin.
BalasPadamApakah tindakan yang akan diambil kepada mereka yang gagal mendaftarkan diri dalam tempoh yang diberikan? Nasihat?
BalasPadamBetuljuga kata Nasihat, cam mane dengan mereka yang gagal berdaftar?
BalasPadamBetul kata Mina, tindakan perlu diambil jika tempoh dah bagi tetapi masih gagal mendaftarkan diri. Untuk membuktikan bahawa kerajaan amat memberi perhatian terhadap masalah PATI.
BalasPadamMemang terbukti kerajaan menjalankan tugas masing-masing menylesaikan masalah. Teruskan usaha..
BalasPadamTanpa kerjasama kesemua pihak yang berkenaan memang susah nak selesaikan masalah. Jangan tunggu, cepat daftar sebelum terlewat!
BalasPadamNak tahu juga, apekah tindakan terhadap mereka yang gagal tampir diri untuk daftar?
BalasPadamToday's the last day...hope it is done already.
BalasPadamjumlah yang mendaftar masih terlalu sedikit berbanding dengan jumlah sebenar PATI.. saya harap selepas program pendaftaran ini, pihak berkuasa akan mengadakan operasi besar2an bagi menjejaki PATI yang masih belum mendaftar..
BalasPadamIni terbukti bahawa ramai lagi PTI yang bersembunyi di tempat2 terpencil.
BalasPadamExactly.
BalasPadamBanyak lagi yang masih terlepas.
BalasPadamI congratulate to those agencies who have been pouring out their sweats.
BalasPadamUsaha membanteras mereka masih dijalankan.
BalasPadam