Petronas Labur RM61 Bln Dalam Sektor Petroleum Sabah
KOTA KINABALU, 4 Ogos (Bernama) -- Petronas setakat ini telah melabur sejumlah RM61 bilion dalam kegiatan huluan dan hiliran sektor petroleum Sabah, sekali gus memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri ini.
Ketika menyatakan demikian, Pengurus Besar Pejabat Petronas Labuan dan Sabah, Joseph Podtung, berkata syarikat minyak nasional itu juga nmenyumbang royalti bernilai RM6.8 bilion kepada pendapatan Sabah.
Bercakap pada satu taklimat media di sini Khamis, beliau berkata Petronas telah memulakan beberapa projek untuk membangunkan lagi industri ini secara bersepadu berikutan penemuan sumber-sumber minyak dan gas di luar pantai Sabah baru-baru ini.
Projek-projek itu, yang melibatkan perbelanjaan modal tergabung sebanyak RM45 bilion, merangkumi pembangunan Projek Minyak dan Gas Bersepadu Sabah-Sarawak.
Ia terdiri daripada pembangunan huluan medan minyak dan gas di luar pantai Sabah dan pembangunan hiliran Terminal Minyak dan Gas Sabah, dan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak, kata Podtung.
Belau juga berkata Petronas dan syarikat yang berkongsi pengeluaran dengannya sedang membangunkan medan-medan kelompok Gumusut-Kakap, Kinabalu NAG dan Kebabangan serta prasarana berkaitan.
"Modal sebanyak kira-kira RM28.3 bilion telah dibelanjakan untuk menghasilkan sumber minyak dan gas daripada kawasan-kawasan huluan yang amat mencabar ini," katanya.
Mengenai Terminal Minyak dan Gas Sabah yang menelan kos RM3.8 juta, beliau berkata ia direka khas untuk menerima 260,000 tong minyak mentah sehari, dan 1,250 juta kaki isi padu standard gas sehari, dari luar pantai.
"Minyak mentah dari terminal ini akan dieksport manakala gas akan dibekalkan kepada pengguna domestik di Sabah dan melalui Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak," katanya.
Podtung berkata satu lagi projek ialah pembekalan bahan mentah gas ke kilang berharga RM1.5 bilion yang sedang dibangunkan di Kimanis oleh Petronas Gas Bhd dalam perkongsian dengan Yayasan Sabah.
Kilang tenaga 300 MW itu akan menampung permintaan yang semakin meningkat bagi tenaga elektrik di Sabah dan akan menjadi komponen penting grid bekalan elektrik negeri.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif bagi Perniagaan Gas dan Kuasa Petronas, Datuk Anuar Ahmad, berkata Petronas merancang untuk membina terminal pengisian semula gas asli cecair di Lahad Datu untuk membekalkan gas kepada loji kuasa yang dicadangkan di kawasan itu.
"Jika semuanya berjalan lancar, kami menjangkakan pembinaan terminal itu bermula tahun depan," katanya, sambil menambah bahawa loji itu dilaksanakan oleh sebuah konsortium yang diterajui Tenaga Nasional Bhd bersama Petronas dan kerajaan negeri.
Anuar juga berkata Terminal Minyak dan Gas Sabah dan loji kuasa itu dijangka menelan kos sebanyak RM2.2 bilion dan dijadualkan siap pada 2015.
"Petronas mengambil pendekatan jangka panjang bagi semua keputusan pelaburannya sama ada di dalam atau di luar negara, untuk memastikan pertumbuhan, kelestarian serta pulangan dan faedah optimum bagi pemilik kepentingannya.
"Kami akan terus melabur di Sabah dan penemuan sumber-sumber baharu di luar pantai ini akan memberikan kami peluang untuk membangun dan berkembang selanjutnya di negeri ini," tegas Anuar.
-----
Harap Petronas akan terus menyumbang kepada pembagunan Sabah.
BalasPadamSabah pernah menyumbang minyak dan gas asli kepada Petronas, mereka haruslah menyumbang balik kepada Sabah.
BalasPadamharap Sabah mendpat manfaat yang banyak daripada Petronas.
BalasPadamharap ini akan membantu memberikan pembangunan dan manfaat kepada Sabah.
BalasPadambaguslah kalau begitu dan lebih bagus lagi kalau royalti 5% itu dinaikkan memandangkan terdapat penemuan sumber-sumber minyak dan gas di luar pantai Sabah baru-baru ini.
BalasPadamHarap dengan ini dapat pembantu pembangunan Sabah.
BalasPadamRoyalti 5% sudah lama diguna pakai rasanya sudah masanya Sabah menikmati royalti yang tinggi.
BalasPadamLepas ini naikkan 5% royalti minyak tu ya..
BalasPadamHopefully this project will bring more profits and benefits to Sabahans. Not only to certain people.
BalasPadamSemoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
BalasPadamHarap Petronas dapat menyumbang manfaat juga kepada kita.
BalasPadamI'm proud of Sabah. Sabah is contributing a lot to the society.
BalasPadambagaimana dengan aduan dan cadangan2 yang dibuat oleh pemimpin2 politik sebelum ini? adakah pihak petronas telah mempertimbangkan semua itu?
BalasPadam