Mayat Ditemui Di Taman Kosas Milik Wanita Dan Kanak-kanak Lelaki
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mayat yang ditemui di tingkat lima, Blok Chryssa, Apartment Astaria di Taman Kosas, Ampang Selasa disahkan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat masih belum diketahui identiti dan bangsanya.
"Hasil bedah siasat mengesahkan badan yang dikerat milik seorang wanita dan cap jari mangsa telah diambil untuk semakan lanjut.
"Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam plastik dan lengkap tubuh badan, dipercayai berusia lima hingga enam tahun," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) Khamis.
Beliau berkata polis masih menyiasat, merakam keterangan saksi dan sedang memeriksa rekod orang hilang.
Semalam, badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian selain organ dijumpai dalam dua beg plastik selain usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas di unit itu.
Kejam, sangat kejam pembunuh ini. Harap pembunuh itu berjaya diberkas.
BalasPadamPsiko juga pembunuh ni. Sudahlah membunuh, di kerat2 lagi. Harap pembunuh dapat ditangkap secepat mungkin.
BalasPadampembunuhan yang amat kejam.
BalasPadamsungguh kejam pembunuh tersebut..harap polis akan dapat menangkap pembunuh tersebut secepat mungkin.
BalasPadamGila. Kejamnya.
BalasPadampembunuhan ni atas motif apa pla ni. kejam sungguh pembunuhnya.
BalasPadamApa motif orang tersbut berbuat demikian.
BalasPadamAlamak, kejamnya.....siapa yang membuat ini....memang geli..
BalasPadamBapa kanak-kanak itukah yang membuat perkara ini?
BalasPadamPihak berkuasa mestilah cepat menangkap orang gila yang membuat perkara ini. KEJAMNYA...
BalasPadam