Rabu, Ogos 17, 2011

MENONTON TV 6 JAM SEHARI BOLEH PENDEKKAN UMUR?

Tonton tv pendek nyawa

LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.

Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu.

8 ulasan:

  1. Tiada masa untuk menonton TV langsung.

    BalasPadam
  2. bagaimana jika menghadap komputer lebih 8 jam sehari?

    BalasPadam
  3. jadi, janganlah terlalu banyak menghabiskan masa dengan menonton TV.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan persoalan samanda. Saya pun t'tanya2 apa pula kesannya bagi mereka yang b'depan dengan komputer selalu?

    BalasPadam
  5. jadi, kanak2 yang tiap hari tengok tv berjam-jam tu macam mana pula?

    BalasPadam
  6. bagaimana fenomena pendek umur ini boleh berlaku hanya dengan menonton TV? bagaimana pula dengan menghadap komputer?

    BalasPadam
  7. Bolehkah begitu? Tidak tahu pula pasal menonton TV pendekkan umur.

    BalasPadam
  8. Kalau menonton langsung, panjang umur la tu. Kalau la kajian menunjukkan menghadap terlalu lama dengan komputer memendekkan umur, rasa2nya keja ofis tidak sampai 8 jam. LOLs.

    BalasPadam