MAS, Airasia Dan Airasia X Akan Manfaatkan Kekuatan Teras
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS), AirAsia Bhd dan Airasia X Sdn Bhd Selasa memeterai rangka kerja kolaborasi bagi memanfaatkan kekuatan teras mereka masing-masing.
Bagi mengukuhkan kerjasama dan kepentingan bersama, MAS dan AirAsia mengeluarkan waran percuma kepada setiap pemegang saham antara satu sama lain.
Penasihat bebas akan dilantik bagi menasihati pemegang saham minoriti mengenai cadangan waran itu.
Tune Air Sdn Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, masing-masing pemegang saham utama AirAsia dan MAS bersetuju untuk membeli daripada saham sedia antara satu sama lain, kata Khazanah dan Tune Air dalam satu kenyataan bersama Selasa.
Hasilnya, Tune Air akan memegang 20.5 peratus saham dalam MAS dan Khazanah akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia.
Khazanah akan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa segera selepas pelaksanaannya dan bagi tempoh lima tahun daripada tarikh perjanjian kolaborasi dengan opsyen untuk pembaharuan lima tahun lagi.
harap kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan kepada pengguna perkhidmatan mereka.
BalasPadamkolaborasi ini akan mengukuhkan kedua buah syarikat penerbangan tersebut.
BalasPadamHope that MAS can be improved with the collaboration with Air Asia.
BalasPadamAir Asia is a successful company, hope that they will help MAS to see the same success.
BalasPadamharap kerjasama ini juga akan memberi manfaat kepada rakyat terutama yang sentiasa menggunakan perkhidmatan MAS dan AirAsia.
BalasPadamsama2lah AirAsia dan MAS berkembang maju. harap perkhidmatan akan sentiasa dipertingkatkan.
BalasPadamBagsulah kalau kerjasama antara satu sama lain.
BalasPadamHarap tidak akan mempengaruhi harga tambang & perhidmatan
BalasPadamSemoga kedua-dua airlines ini sentiasa meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka.
BalasPadam