2000 Warga Asing Punyai Lebih Dua Dokumen
PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 2,000 kes membabitkan warga asing dengan satu biometrik tetapi mempunyai lebih daripada dua dokumen, dikesan Jabatan Imigresen sejak 1 Jun lepas di 69 pintu masuk di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad berkata, senarai itu kini dalam pemerhatian dan jabatan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka.
"Ia mungkin disebabkan daripada beberapa punca, satu mungkin mereka tukar pasport baru kerana pasport lama hampir tamat dan kemudian masuk balik guna pasport baru," katanya pada satu sesi taklimat kepada media di sini Selasa.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan dengan teliti dan tidak mahu terburu-buru mengambil sebarang tindakan.
"Kita nak lihat sama ada mereka terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah atau tidak, mungkin ada yang terlibat dengan penyeludupan, pemerdagangan orang atau pun jenayah merentasi sempadan," katanya.
Alias berkata, sekiranya siasatan mendapati ada sebarang perkara yang mencurigakan, mereka akan ditahan sebaik sahaja masuk kembali ke negara ini.
Sistem biometrik mula diperkenalkan pada 1 Jun lepas, bertujuan untuk mengekang kegiatan jenayah merentasi sempadan melibatkan warga asing.
lakukanlah siasatan dengan teliti dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil..
BalasPadamkena ambil tindakan segera untuk mengesan mereka. dan mereka semua harus didaftar semula.
BalasPadamHope that this problem will be solved.
BalasPadamThese sort of issues should be investigated and find the right solution for it.
BalasPadamnampaknya penggunaan sistem biometrik ini juga ada penyelewengan. harap individu/pihak yang terlibat dapat dikesan.
BalasPadamperkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku. bagaimana mungkin warga asing ni mendapat lebih dari dua dokumen?
BalasPadamHArap teruskan usaha menangani masalah sebegini dengan baik.
BalasPadamDengan ada sistem biometrik ini mereka akan lebih mudah dikesan walaupun mempunya dokumen lebih dari 1.
BalasPadamsiatan perlu dilakukan dengan teliti dan tindakan sewajarnya.
BalasPadamLepas ini tiada maaf bagimu kepada PATI yang ingkar dengan arahan untuk mendaftar.
BalasPadamSistem ini perlu diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke masa.
BalasPadamkalau sebelum ini mereka boleh selamat dengan lebih dari satu dokumen, sekarang dengan adanya sistem biometrik ini jumlah dokumen itu tidak mampu lagi menjamin kebebasan mereka untuk terus berlegar2 di negara ini..
BalasPadam