Jumaat, Julai 29, 2011

TEKNIK AIR BRUSH MENYEBABKAN AKTRES LEBIH MUDA

UK haram iklan Julia

LONDON  2011/07/29: Agensi Penarafan Iklan Britain, mengharamkan dua iklan memaparkan imej aktres Julia Roberts dan model Christy Turlington selepas seorang ahli parlimen negara itu mendakwa teknik ‘air brush’ yang digunakan menyebabkan mereka kelihatan ‘jauh lebih muda’ daripada usia sebenar sehingga mengelirukan pengguna.

Akhbar The Guardian melaporkan, anggota Parlimen Parti Liberal Demokrat, Jo Swinson dari East Dunbartonshire Scotland, berkata iklan majalah untuk produk keluaran rangkaian kosmetik Maybelline dan Lancome, kedua-duanya dihasilkan firma L’Oreal mengelirukan pengguna kerana gambar dipaparkan diubah secara digital.

“Imej ditampilkan bukanlah kesan daripada penggunaan produk yang diiklankan,” katanya yang sejak sekian lama mengetuai kempen menentang pengubahsuaian imej dalam iklan.

Dakwaan beliau disokong Persatuan Anesthesiologi Amerika (ASA) yang berkata tiada bukti cukup untuk menunjukkan produk yang diiklankan mampu menjadikan wajah penggunanya secantik imej model yang ditampilkan.

“Perbuatan mengubah suai imej model menyalahi kod amalan standard pengiklanan kerana dengan sengaja ‘menambah’ sesuatu yang sebenarnya tidak ada,” kata ASA dalam kenyataan yang dipetik Guardian.

Di dalam iklan dua halaman majalah L’Oreal yang diambil jurugambar Mario Testino, Julia, 44, mempromosikan krim asas Teint Miracle yang didakwa dapat mengembalikan semula ‘kulit sempurna yang sebenar’ kepada penggunanya, manakala Christy mengiklankan produk krim Age Rewind Eraser bagi menambah kecantikan kulit.

Jurucakap L’Oreal ketika dihubungi wartawan Guardian mengaku kedua-dua gambar untuk iklan itu diubah suai secara digital.

19 ulasan:

  1. Di malaysia juga mengalami polemik yg sama...iklan2 kebanyakannya tidak menggambarkan perkara yg sebenar....

    BalasPadam
  2. teknologi hari ini boleh membuatkan orang yg paling hodoh sekali pun kelihatan cantik seperti bidadari...hehehe...

    BalasPadam
  3. Technology yang buruk pun boleh jadi cantik.

    BalasPadam
  4. Ala....syarikat2 besar ni sanggup buat apa saja asal produk mereka dapat dijual...termasuklah menipu pelanggan2 mereka....

    BalasPadam
  5. Itu namanya business, market. Apa sahaja akan dilakukan, untuk mendapat keuntungan.

    BalasPadam
  6. Jadi lah pengguna yang bijak. Jangan terpedaya dengan iklan yang superb tapi tidak menampakkan hasil yang sebenarnya.

    BalasPadam
  7. Rasanya semua iklan pun menggunakan kaedah seperti ini. mana ada syarikat iklan yang nak bagi imej buruk untuk produknya.

    BalasPadam
  8. harap2 pengguna tidak mudah terpengaruh dengan iklan. banyak juga iklan2 yang terang2 tidak boleh dipercayai.

    BalasPadam
  9. Teknik photoshop seperti ini perkara biasa sudah. Tidak tahu apa yang betul, apa yang tidak.

    BalasPadam
  10. inilah kecanggihan teknologi.

    BalasPadam
  11. Kerana gambar2 yang terlalu 'perfect' inilah, banyak golongan muda menjadi obses dengan kecantikan sehingga mengancam nyawa sendiri.

    BalasPadam
  12. Memang wajar iklan2 yang 'fake' ini diharamkan kerana ia bukan saja mengaburi mata yang melihat malah ini juga dianggap penipuan.

    BalasPadam
  13. Perkara ini sudah lama berlaku. Kenapa baru sekarang pihak tertentu mula menyalahinya.

    BalasPadam
  14. Dari dulu pun mcm ni la.. Ini kan teknik pengiklanan. huhu

    BalasPadam
  15. Nothing new to us. But i think they shouldn't air brush the model. How to know if its really effective if you air brush their skin.

    BalasPadam
  16. sepatutnya gambar model tidak diubah secara digital...barulah penngguna boleh nilai sama ada produk tersebut bagus atau tidak. apa pun rasanya hampir semua iklan pun guna teknik macam ni.

    BalasPadam
  17. apa-apa pun boleh jadi di dunia pengiklanan

    BalasPadam
  18. itulah antara teknik yang digunakan untuk memajukan perniagaan masing2.. tapi kalau kaedah itu menyalahi undang2, baik hentikan atau tindakan diambil terhadap mana2 syarikat yang menipu pelanggannya.

    BalasPadam
  19. Dalam dunia pengiklanan Photoshop memang biasa diguna.

    BalasPadam