Khamis, Julai 07, 2011

Warga asing dihukum penjara dua tahun kerana cederakan rakan

Warga asing dihukum penjara dua tahun kerana cederakan rakan

TAWAU 7th July, 2011: Seorang warga asing dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana didapati bersalah mencederakan rakanya sendiri menggunakan besi pembuka tayar.

Hakim Mahkamah Seksyen, Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mustakim Gappa, 40, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di sini pada Selasa.

Berdasar pertuduhan kes, tertuduh mencederakan rakanya Supardi Maggadai, 37, bersenjatakan besi pembuka tayar pada 7 April 2011, lebih kurang jam 9.30 pagi di bengkel Ladang Pangeran, KM 42, Jalan Tawau-Semporna.

Mengikut siasatan polis, Supardi dikatakan menggunakan tayar ganti lori milik tertuduh tanpa kebenaran yang mengakibatkan tertuduh berang dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara kedua pihak.

imageTidak lama kemudian tercetusnya pergaduhan di antara kedua pihak yang bertindak menggunakan besi pembuka tayar sebagai senjata masing-masing

Dalam pergaduhan itu, Supardi mengalami kecederaan parah di ibu jari tangan kanan dan terus dibawa ke Klinik Ladang Pinang sebelum diarahkan ke Hospital Tawau untuk mendapat rawatan lanjut.

Pihak polis kemudianya menangkap tertuduh pada 7 Julai 2011 diPejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Semporna, dan turut merampas besi yang digunakan oleh tertuduh dan Supardi.

Tertuduh diwakili oleh peguam dari Tetuan Yusni & Komariah, sementara pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar.

9 ulasan:

  1. Janganlah suka buat hal di negara orang lain.

    BalasPadam
  2. kes begitu selalunya mengakibatkan kecederaan atau kematian akibat diri sendiri yang tidak terkawal..ish..ish..

    BalasPadam
  3. Bahaya. Salah faham pun boleh kena pukul.

    BalasPadam
  4. biarlah warga asing ni bergaduh sesama mereka. sendiri yang tanggung.

    BalasPadam
  5. inilah masalahnya..segelintir warga asing yang suka bergaduh menyusahkan masyarakat..memang wajar dikenakan hukuman penjara.

    BalasPadam
  6. Lain kali kalau mahu pinjam barang orang tanya dulu. Jangan main ambil saja.

    BalasPadam
  7. inilah warga asing, pasal perkara kecil ja nak bergaduh sampai begitu teruk. kadang kala sampai sanggup berbunuhan.

    BalasPadam
  8. Dua2 pun salah. Bagus orang2 macam ni pulang saja ke negara asal mereka dan jangan buat kacau di sini.

    BalasPadam
  9. mana2 warga asing yang ada kes gaduh tu baik hantar terus ke negara asal..

    BalasPadam