Kemukakan Bukti Jika Benar Ada Pengundi Tidak Sah - SPR
KOTA KINABALU, 28 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khamis meminta mereka yang mendakwa wujud pengundi bukan rakyat Malaysia yang sah dalam daftar pemilih terutama di Sabah agar mengemukakan bukti.
Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana dakwaan tanpa bukti seolah-olah mempersendakan pengiktirafan kewarganegaraan seseorang yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Kalau ada yang syak wasangka, jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Saya minta mereka tampil tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita Khamis selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pilihan Raya Sabah, di sini.
Kenyataan beliau itu susulan isu pengundi hantu dan penduduk yang mempunyai MyKad tidak sah, yang dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.
Wan Ahmad berkata SPR juga melantik pembantu pendaftar (PP) daripada kalangan parti politik.
Bagaimanapun katanya, terdapat borang pendaftaran yang dihantar PP berkenaan terpaksa ditolak kerana terdapat pendaftaran rakyat yang sudah sah menjadi pemilih, bertaraf penduduk tetap dan rakyat yang belum mencapai usia 21 tahun.
Wan Ahmad berkata setakat Mei lepas, seramai 864,941 rakyat Sabah didaftarkan sebagai pemilih daripada 1,169,884 yang layak.
----
BUMBURING MENGEMUKAKAN BUKTI WUJUD PATI DI BERIKAN MYKAD DI SABAH?
Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti setelah menyerahkan ‘Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Abu Seman Yusof pada 16 Disember 2010, genap enam bulan selepas cabaran diberikan.
harap bukti2 tersebut dikemukakan dan tindakan ambil diambil setelah ia dikemukakan.
BalasPadambaguslah kalau ada bukti.
BalasPadamkalau bukti sudah dikemukakan, jangan pula SPR berdalih tetapi perlu bertindak segera.
BalasPadamBetul, buat laporan dengan SPR, bukan kepada media...media tak boleh buat apa2 tindakan pun...
BalasPadamHarap perkara ini akan disiasat.
BalasPadamHarap tiada pengundi yang tidak sah mengundi pada pilihan raya kali ini.
BalasPadamTuduhan perlu bersertakan bukti.
BalasPadamKalau cakap2 saja memang memerlukan bukti, tapi SPR pun jangan hanya bermimpi saja. Bagaimana isu ini boleh dibangkitkan? Tugas SPR untuk menyiasat kebenaran cerita tu dan memastikan pilihanraya berjalan dengan bersih.
BalasPadamJangan pula sudah dibagi bukti, bagi alasan terlalu tebal untuk dibaca pula!
BalasPadamBetul itu. Bawa orang itu sekali datang berjumpa dengan SPR supaya bukti itu lebih kukuh.
BalasPadamIsu ini dari dulu lagi tapi SPR yang buat2 tak tahu. Setelah sekian lama, baru SPR nak minta bukti? Lepas itu berapa lama baru tindakan akan diambil?
BalasPadamEntahlah... S/ada spr yang buat2 tak tahu atau hal ini mmg takda bukti kukuh. huhu
BalasPadamApapun, saya harap hal ini dapat ditanggani dengan baik.
BalasPadamA solid proof is the only way to prove the SPR is guilty.
BalasPadamBukti..Bukti..Bukti..Mana itu bukti??Tapi jangan fotostat Mykad diorang. Tapi bawa orangnya sekali jumpa SPR. Cara itu lebih bagus..
BalasPadamjika ada bukti tunjukkan kepada SPR...
BalasPadambagaimana dengan bukti2 tentang pemberian kad pengenalan kepada PATI yang telah dibangkitkan oleh ramai pihak sebelum ini?? mungkin itu adalah tanggungjawab JPN, tetapi SPR tidak boleh lari dari menggunakan maklumat dari JPN.
BalasPadamRasanya ada pihak2 yang sudah mempunyai bukti berhubung perkara ini. semoga pihak terbabit tampil mendedahkan bukti2 yang ada.
BalasPadam