Jumaat, Julai 08, 2011

Drama Tebusan: 30 Kanak-kanak, Empat Guru Berjaya Diselamatkan, Penjenayah Mati Ditembak

Drama Tebusan: 30 Kanak-kanak, Empat Guru Berjaya Diselamatkan

30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas pada petang Khamis.

MUAR Julai 7, 2011: Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.

Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit.

Terdahulu, seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dilaporkan menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini.

Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.

Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.

“Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan.

Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo.

Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan.

Pasukan UTK menutup laluan menghala ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids itu pada pukul 2 petang.

Orang ramai kelihatan berkumpul di sekeliling jalan itu dan suspek dilaporkan mengunci semua pintu di banglo tersebut.

Dua buah ambulans turut berada dalam keadaan siap sedia di luar perkarangan tadika itu.

Pegawai polis masih lagi berbincang dengan suspek tetapi sehingga kini, masih belum ada laporan mengenai kanak-kanak yang cedera.

Polis masih lagi mengepung kawasan itu.

Pada pukul 3.45 petang, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan itu dan memasuki banglo tersebut.

----

Drama Tebusan: Lelaki Amuk Meninggal Dunia

MUAR Julai 7, 2011: Seorang lelaki, yang cedera ditembak polis semasa menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 9.15 malam ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

9 ulasan:

  1. Akhirnya penjenayah tersebut tewas juga. entah apa sebenarnya yang diinginkan oleh penjenayah tu.

    BalasPadam
  2. syukurlah kanak-kanak dan guru-guru yang dijadikan tebusan berjaya diselamatkan..

    BalasPadam
  3. Bahayanya jika orang kurang siuman dibiarkan berkeliaran di luar. Tindakan mereka tidak dapat dijangka.

    BalasPadam
  4. semoga kanak-kanak dan guru-guru tidak mengalami renjutan emosi selepas kejadian ini.

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada polis berjaya menangani masalah ini dengan selamat dan jayanya.

    BalasPadam
  6. Susah juga kalau orang tak siuman kan. Mo marah pun entah siapa yang nak disalahkan. huhu

    BalasPadam
  7. Semoga perkara sebgini tidak berulang lagi.

    BalasPadam
  8. Nasib baik polis mampu mengawal keadaan masa itu.

    BalasPadam
  9. tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menyelesaikan kes2 kritikal seperti ini..

    BalasPadam