Tarikh Pembukaan Kaunter Pendaftaran Program 6P Dijadual Semula
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menjadualkan semula tarikh pembukaan kaunter pendaftaran bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sebelum ini ditetapkan pada Isnin depan (11 Julai) kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Sektor Dasar Imigresen dan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata penjadualan semula itu bertujuan untuk membolehkan proses latihan intensif diberikan kepada lebih 5,000 petugas yang terdiri daripada pegawai Imigresen dan pekerja sambilan yang mewakili syarikat-syarikat pengurus yang dilantik.
"Tindakan ini dibuat susulan daripada keputusan kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak kaunter pendaftaran sama ada di pejabat-pejabat Imigresen mahupun yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengurus di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mempermudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Alwi berkata kerajaan turut memutuskan bahawa para pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan yang sah dengan tujuan untuk terlibat dalam proses pemutihan melalui majikan yang lain, tidak dibenar terlibat untuk diputihkan walaupun telah didaftarkan.
Sehubungan itu beliau menasihatkan agar pekerja asing yang didakwa melarikan diri walaupun masih mempunyai permit kerja yang masih mempunyai tempoh sah laku agar kembali kepada majikan asal mereka.
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia akan menyemak rekod setiap pendatang tanpa izin sebelum proses pemutihan dilaksanakan kerana inisiatif ini hanya terbuka kepada pekerja asing tanpa izin, katanya.
kalau yang bukan datang sebagai pekerja tu, bagus dihantar pulang saja ke negara asal mereka. kebanjiran mereka di negara ni hanya membawa pelbagai masalah kepada negara.
BalasPadamLepas tangguh, jangan tangguh lagi. warga asing tu bukan sahaja terdiri daripada mereka yang secara tidak sah tapi ada juga golongan yang professional yang memiliki passport and pas bekeja. Jadi, sekiranya mereka telah bersedia untuk mendafar tapi ditangguhkan, proses ini akan memakan masa yang lama.
BalasPadamyang bukan bekerja memang anytime & anydate saja boleh mendaftar tapi yang bekerja lain cerita pla. jadi, jangan ditangguh-tangguh lagi.
BalasPadamjanganlah ditangguh terlalu lama. program ini perlu dilaksanakan segera.
BalasPadamharap program ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin agar dapat mangatasi masalah kebanjiran pati dengan segera.
BalasPadamSegerakan urusan latihan intensif kepada 5,000 petugas agar program 6P dapat dilaksanakan secepat mungkin.
BalasPadamjangan pula penangguhan ini memberi masalah sampingan kepada rakyat tempatan.
BalasPadamDiharap program ini akan membawa perubahan yang positif. Kalau Bersih ditentang habis-habisan, isu PATI juga perlu dibuat sama.
BalasPadamSetuju Mikael. Isu Pati harus ditentang habis-habisan dan bukannya dipandang sebelah mata saja.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
BalasPadamtangguh kah? sampai bila? isu PATI isu yang kritikal dan ancaman kepada negara..
BalasPadamjangan pula ditangguh lama2..
BalasPadamapa2 pun diharap pelan ini dilaksanakan secepat mungkin..barulah kita tahu sama ada ianya berkesan atau tidak.
BalasPadam"Sehubungan itu beliau menasihatkan agar pekerja asing yang didakwa melarikan diri walaupun masih mempunyai permit kerja yang masih mempunyai tempoh sah laku agar kembali kepada majikan asal mereka."
BalasPadamKeselamatan mereka ini terjamin tak kalau pekerja asing ini ingin kembali kepada majikan asal? Kemungkinan besar ada yang diperlakukan seperti binatang..
Peneranga lebih perlu diberikan untuk mengelak kekeliruan berlaku dalam hal ini.
BalasPadam6P mungkin cara yang telah lama dilakukan jadi kita boleh nampak sendiri. Sudah beberapa kali dilaksanakan tapi masih belum ada penyelesaian. Kehadiran PATI semakin bertambah. Adakah pihak kerajaan membuat kajian berkenaan pemutihan ini? Kejayaan program ini bagaimana?
BalasPadamMacam ada yang tidak kena dengan program 6P.
BalasPadamyang penting program ini dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan teliti.. pastikan program ini benar2 berkesan dalam menyelesaikan masalah PATI di negara ini.
BalasPadamthose PATI should not be given amnesty as they has bring a lot of problems to our country.
BalasPadamCEPAT2 DAFTAR SUPAYA DIORANG ADA MASA UNTUK URUSKAN PERJALANAN MEREKA UNTUK BALIK KE INDON & FILIPINA...
BalasPadam