Selasa, Jun 14, 2011

WARGA EMAS TUNGGU RUMAH PPRT SEJAK 1998

Warga emas tunggu rumah PPRT sejak 1998

BANDARI Ampung duduk di tangga rumahnya di Kampung Tapukan, Kota Belud, sambil mengharapkan penantiannya selama 13 tahun untuk memiliki rumah PPRT akan tertunai . - UTUSAN/SITTI NOR AZIZAH TALATA


KOTA BELUD 13 Jun - Hajat seorang warga emas, Bandari Ampung dari Kampung Tapukan dekat sini, untuk memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum kesampaian.

Bandari, 67, yang menyara keluarga dengan hasil kerja-kerja kampung berjumlah kira-kira RM150 sebulan bimbang kerana rumah yang mereka duduki sekarang boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

"Saya telah mengemukakan permohonan bagi memiliki PPRT sejak 1998, namun sehingga kini belum berjaya memperolehinya.

"Saya tidak pernah berputus asa untuk memohon bila sahaja ada khabar permohonan PPRT yang baru dibuka setiap tahun, tetapi malangnya rezeki belum berpihak kepada saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tapukan.

Menurutnya, dalam usia yang semakin lanjut, pendapatannya tidak memungkinkannya untuk mendirikan rumah sendiri.

Rumah tersebut yang diduduki Bandari sekeluarga sejak 30 tahun lalu sangat uzur terutama bahagian dapur yang senget sementara dinding dan atapnya pula dibuat daripada nipah.

Bandari berkata, pihak berkaitan pernah melawat dan meninjau keadaan rumahnya di samping memberikannya harapan dengan memintanya agar banyak bersabar.

"Apabila angin bertiup, rumah ini akan bergoyang. Saat itu kami sekeluarga hanya pasrah dengan ketentuan Allah," katanya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapinya.

10 ulasan:

  1. rumah PPRT sukar juga untuk diperolehi jika permohonan tidak diurus dengan bersungguh-sungguh. jadi, diharap ada pihak yang mengambil perhatian terhadap permohonan warga emas ni agar penantiannya selama lebih 10 tahun akan berhasil.

    BalasPadam
  2. Macam mana perkara ini boleh terlepas pandang? Harap bantuan diberikan dengan segera.

    BalasPadam
  3. Lama sudah warga emas ni tunggu. Sampai bila mereka akan tunggu?

    BalasPadam
  4. warga emas ini memerlukan bantuan dengan segera. harap pekara ini dapat diberikan perhatian.

    BalasPadam
  5. bukan setakat memohon berkali2, malah ada pihak yang pernah meninjau keadaan rumah beliau. tapi kenapa langsung tidak ada tindakan dari pihak yang bertanggungjawab? saya harap dengan tersiarnya kedaifan hidup beliau di media, selepas ini akan ada perubahan yang memihak kepada beliau sekeluarga.

    BalasPadam
  6. These senior citizens has waited since 1998.. Why there is no action yet to help them???

    BalasPadam
  7. dpt dilihat mmg kehidupan warga emas ini amat daif dan rumahnya terlalu uzur. permohonannya harus diluluskan kerana dia semamangnya layak, jiak tidak pun, bantulah dia membina rumah yang lebih kukuh.

    BalasPadam
  8. Orang seperti ini memang benar-benar layak untuk mendapat rumah PPRT. Harap perhatian perlu untuk mereka ini.

    BalasPadam
  9. Jangan biar mereka tunggu lagi. Tunaikan janji-janji anda.

    BalasPadam
  10. kesiannya warga emas ini...

    BalasPadam