Wanita muda tidak kisah bermadu sudah jadi trend
KUALA LUMPUR 13 Jun - Rela hidup berkongsi kasih atau bermadu kini menjadi trend bagi wanita berusia di bawah 30 tahun kerana kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin kukuh dari segi kewangan.
Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaiton Mohd. berkata, mereka memilih lelaki yang sudah berkahwin kerana mahu bergantung hidup dengan golongan itu.
"Lelaki yang sudah berkahwin juga lebih matang dan emosi lebih stabil berbanding dengan lelaki muda," katanya.
Laporan Khas Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini mendapati wanita muda di negara ini terutama yang berusia bawah 30 tahun lebih terbuka untuk hidup bermadu berbanding mereka yang melepasi usia tersebut.
Kaji selidik rambang akhbar ini terhadap 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah menentang poligami melebihi kumpulan yang menerima, namun golongan wanita muda tidak lagi kisah hidup bermadu.
Tambah Zaiton, ibu bapa juga lebih bersikap terbuka dan tidak kisah dengan pandangan masyarakat mengenai hidup bermadu dan ia menjadi perkara biasa pada zaman sekarang.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ratna Roshida Ab. Razak berkata, perkara itu menjadi trend sekarang kerana wanita muda inginkan lelaki yang banyak pengalaman dan boleh menjaga rumahtangga dengan baik.
"Suami orang lebih matang dan berpengalaman tentang soal perkahwinan berbanding lelaki yang belum berkahwin.
"Apa yang dilihat pada hari ini, kadar penceraian yang tinggi berlaku di kalangan wanita yang berkahwin dengan lelaki muda kerana mereka tidak pandai mengawal emosi," katanya.
Menurut Presiden Kelab Wanita Perak Bahagian Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Siti Hendon Chik pula, trend lelaki berusia berkahwin dengan wanita muda tidak harus digalakkan kerana ia menyebabkan keruntuhan sesebuah keluarga.
Jelas Siti Hendon, wanita muda seharusnya mencari pasangan hidup yang sebaya untuk berkongsi dan mempelajari pengalaman hidup berumahtangga dan bagi lelaki berusia pula, mereka seharusnya lebih matang dan memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
"Perbezaan usia di antara golongan muda dan yang berusia mengundang masalah pada masa akan datang kerana perbezaan cita rasa dan pemikiran," katanya.
Masing2 mempunyai persepsi sendiri. Yang penting persefahaman dan bertolak ansur itu antara elemen yang perlu ada dalam sebuah perhubungan.
BalasPadamPendapat saya, saya kisah hidup bermadu. Bagi wanita muda yag tidak kisah, lantak la hal dorang.
BalasPadamIf the man already have a wife and kids, don't go and break up other people's family.
BalasPadamkadang-kadang, ada juga wanita muda yang berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia semata-mata kerana wang. Para wanita muda sekalian, janganlah pilih untuk hidup bermadu. fikirlah secara bijak dan rasional.
BalasPadamada yang tidak kisah dan ada pula yang tidak mahu bermadu. apa pun, masing-masing ada alasan sendiri. tapi jangan sampai merosakkan rumah tangga orang lain pula.
BalasPadambertambah2 la kecewa lelaki bujang lepas baca artikel ni..:):)
BalasPadamTerpulanglah pada penilaian individu sendiri:)
BalasPadamjodoh sukar nak diramal, jodoh tak mengira usia.
BalasPadamBiarlah mereka memilih pasangan hidup mereka. Mungkin itulah yang mereka suka. Trend zaman sekarang.
BalasPadamdon't be a 'housewrecker'.
BalasPadam