Wang Bernilai RM101 Juta Dalam Not RM500 Dan RM1,000 Tidak Dapat Dikesan
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata sebanyak 177,077 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta yang terapung di pasaran serta tidak dapat diimbangkan dengan jumlah cetakan masih tidak dapat dikesan sehingga 30 Jan lepas.
Beliau berkata daripada jumlah itu 150,259 keping adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping ialah wang kertas RM1,000 yang bernilai RM26 juta.
"Wang kertas ini bagaimanapun sudah tidak laku selepas 1 Julai 1999 dan tiada cetakan wang dalam dominasi RM500 dan RM1,000 dibuat sejak tahun berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat.
Rang-rang undang yang bertujuan mengawal aktiviti perniagaan pengurupan wang, perniagaan pengiriman wang dan peniagaan mata wang borong kemudiannya diluluskan.
Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010.
Persidangan Dewan disambung Khamis.
Tiada cara nak tahu berapa wang kertas bernilai 500 dan 1000 yang pernah dicetak? Takkan Bank Negara tidak menyimpan rekod?
BalasPadamapa pun wang tersebut sudah tidak laku lagi. jika ada yang menyimpannya bukan dapat digunakan pun.
BalasPadambank negara harus ada rekod yg tepat.
BalasPadamIni kena berhati-hati jangan sampai terkena diri sendiri.
BalasPadamTak berapa faham. Not RM500 dan Rm1000 dah tak laku. Perlu kah ia dikesan lagi? Apa2 pun, yang penting Bank Negara harus memantapkan sistem mereka dari masa ke masa.
BalasPadamNasiblah not RM500 dan Rm1000 dah tak pakai. Nanti senang2 disalahgunakan yang akhirnya dan memberi impak negatif kepada matawang negara kita.
BalasPadamPastikan direkod sebaiknya jumlah yang tersebut. Aliran keluar masuk wang juga perlu diketahui.
BalasPadambagaimana pula wang sebanyak itu tidak dapat dikesan?
BalasPadamBagaimana caranya untuk mengesan kesemua wang itu?
BalasPadamMungkin ada kesilapan rekod kot. Sila semak semula.
BalasPadamApa cerita pula tak dapat dikesan?? Mustahil..
BalasPadamSemoga perkara ini dapat diselesaikan segera demi mengelakkan salah faham berterusan.
BalasPadamAHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.. menurut beliau Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan RM1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.
BalasPadamyang penting wang kertas ini tidak ada nilainya lagi
BalasPadamLambat-laun Bank Negara tentu dapat mengesan ke mana perginya wang kertas tersebut.
BalasPadam