500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik
PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran.
Isu PATI di Sabah takkan la dibiarkan saja. Bila mahu perangi isu ni.
BalasPadamharap jumlah PATI ini akan dapat dikurangkan dan usaha untuk menyelesaikan masalah PATI perlu sentiasa dibuat.
BalasPadamjika mereka dah didaftar melalui sistem ini, maka kerajaan mudah untuk mengesan mereka.
BalasPadamBagaimana dengan berjuta PATI di Sabah, terutamanya dari Filipina? Adakah kerajaan Filipina akan memberi kerjasama?
BalasPadamramai juga warga Bangladesh ni. kalau keseluruhan warga asing sudah didaftarkan mungkin boleh melampaui setengah dari penduduk Malaysia.
BalasPadamSistem biometrik ini sangat bagus. Sangat mudah mengesan mereka yang ingin keluar masuk negara.
BalasPadamHarap kaedah ini berkesan. Masalah PATI ini sudah terlalu lama dan sudah sampai masanya ditangani habis-habisan.
BalasPadamharap ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah PATI.
BalasPadamSusah juga kalau tak ada imigran2 ini...sebab orang2 kita tak brapa minat nak buat kerja2 yg orang bangla, myanmar etc buat...
BalasPadamRamainya.. Harap kaedah ini berkesan.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
BalasPadamHope that this biometric system can help reduce problems with foreign workers and illegal immigrants.
BalasPadamdi Sabah, warga Philipin dan Indonesia paling ramai.. bila lagi kerajaan jalin kerjasama dengan kerajaan di kedua2 negara ini dalam penggunaan sistem biometrik?
BalasPadamSelesaikan masalah pendatang di Sabah. Hari demi hari keadaan semakin teruk.
BalasPadam