Terlalu Lama Depan Televisyen, Komputer Punca Obesiti
KUALA LUMPUR Jun 29, 2011 : Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.
Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.
“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.
“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.
Menakutkan.
BalasPadamcara hidup yang sihat perlulah sentiasa diamalkan seperti bersenam dan bersukan.
BalasPadamItulah sebabnya banyak golongan muda pada masa kini yang sudah mula menghidap bermacam-macam penyakit kerana gaya hidup yang tak sihat. Ini jarang berlaku pada masa lalu.
BalasPadamjadi kurang-kurangkanlah mengadap televisyen dan komputer.
BalasPadamdiharap ibubapa dapat mendidik anak-anak sejak dari kecil tentang gaya hidup sihat dan menjadi contoh yang terbaik untuk diikuti.
BalasPadamBila terlalu canggih, membuatkan ramai orang menjadi malas. Rajin2 lah bersenam dan jaga pemakanan.
BalasPadamItu sudah pasti kerana kurang bersenam dan sebagainya menyebabkan mereka terlebih lemak tanpa pembakaran.
BalasPadamjadi janganlah terlalu menonton tv atau bermain komputer saja. bersenam pun perlu juga.
BalasPadamjangan la jadi forever lonely guy...keluar la ke luar, main futsal ka, hanging out sama kawan ka etc....
BalasPadamKurang senaman kan tu la jadi obes tu:P
BalasPadamJadi kurangkanlah tabiat sebegini. Agak2 jugalah kalau mahu guna komputer atau tengok tv; nanti telebih pula:P hehe
BalasPadamUnfortunately more and more people are involved in this sort of unhealthy lifestyle nowadays.
BalasPadammasing2 pandai jaga diri sendiri la.. jangan sampai menyesal dilain hari..
BalasPadamPerlu selalu bersenaman untuk kesihatan.
BalasPadamjanganlah terperap sahaja depan skrin..sekali-sekala bangun dan buat sedikit kerja rumah, tentu masalah obesiti dapat diatasi.
BalasPadam